26 July 2019

AWAS ! IBU HAMIL JANGAN SAMPAI OBSES !


Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk mengawal berat badan terutamanya yang ingin mengandung.

Berat badan berlebihan atau obesiti akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan buat ibu hamil.

Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurang-kurangnya 4.5kg boleh mengurangkan risiko ibu hamil mendapat kencing manis sebanyak 40 peratus pada kandungan yang seterusnya.

Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9). BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 dan ke atas merupakan obesiti.

 PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Selain mencapai berat badan optimum dan mengikut saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.

1.   Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga semester pertama.

2.   Mengambil vitamin D sekurang-kurangnya 10mg sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga melahirkan dan sepanjang tempoh menyusukan bayi.

3.   Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh peratus daripada berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.

BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL

Obesity berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Jadi ia amat penting untuk dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap diri dan kandungan.

ü  Risiko Kepada Ibu:

ü  Keguguran secara berulang.

ü  Diabetes semasa hamil.

ü  Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa hamil yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ lain.

ü  Darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi penafasan dan membawa maut.

ü  Kelahiran secara induksi.

ü  Kelahiran secara pembedahan.

ü  Komplikasi bius.

ü  Jangkitan pada luka pembedahan atau episiotomy.

ü  Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.

Risiko Kepada Bayi

ü  Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.

ü  Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang.

ü  Kelahiran pramatang

ü  Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar

ü  Kematian neonatal

ü  Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.

Awas, mencegah lebih baik dari mengubati. Ubah daripada sekarang.

No comments:

Post a Comment