Bagi sesetengah wanita, menyusu tidak berlaku
secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan
sumber makanan terbaikuntuk bayi. Ada juga yang awal2 sudah mendedahkan kepada
susu formula.
Tidak dinafikan ada juga antara ibu-ibu yang
kurang susu tapi sekurangnya lakukanlah yang terbaik untuk bayi anda. Jom cuba
secara alami untuk penyusuan yang lebih ekslusif bagi bayi anda.
Di sini Farah berikan sedikit petua bagaimana
untuk mendapatkan yang terbaik agar anak anda mendapat nutrisi yang optimum.
LAKUKAN URUTAN PAYUDARA
Urutan payudara akan membantu melancarkan saluran
susu untuk pengaliran susu dengan lebih lancer. Kesannya, anada akan
mengahsilkan lebih banyak susu untuk bayi anda!
Betul kerana ia membantu dan mengurangkan kesan
kekurangan susu badan. Lakukan sekerap yang boleh untuk penghasilan susu yang
banyak pada bayi anda. Anda juga boleh buat stok EBM bagi bayi anda lebih-lebih
lagi ibu yang bekerjaya.
MAKAN JUMLAH PROTEIN YANG MENCUKUPI
Seorang ibu yang menyusukan bayi memerlukan
protein dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak menyusukan bayi. Pilih
makanan yang selamat dan tinggi protein untuk menghasilkan dan mengekalkan
bekalan susu anda.
Bagi Farah memang seawall selepas bersalin Farah
memang sudah bekalkan sumber protein untuk anak. Pilihan Farah semestinya ESP
SOY PROTEIN.
MINUM AIR BANYAK
Susu anda terdiri daripada 90 peratus air. Minum sekurang-kurangnya
2 liter sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang mencukupi untuk
menghasilkan susu ibu untuk bayi anda.
Biasakan minum air yang banyak mengikut berat. Di samping
itu, ia boleh mengurangkan toksin dalam badan dan mengurangkan badan dehidrasi.
MAKANAN TAMBAHAN DENGAN ALFALFA
Alfalfa bermanfaat untuk ibu yang menyusukan bayi
kerana ia dianggap sebagai galaktagog, bahan yang membantu meningkatkan
pengeluaran susu ibu dengan menrangsang tisu susu dan bekalan susu.
Kebanyak ibu-ibu juga tidak tahu pengambilan
alfalfa yang berterusan membantu dalam penghasilan susu badan juga. Ambillah sebagai
persediaan ada dalam penyusuan bayi anda.
URUS TEKANAN ANDA
Emosi anda memberi kesan kepada bekalan susu anda.
Oleh itu, duduk, berehat dan nikmati pengalaman penyusuan ini kerana ia
membantu merembeskan hormone penenang secara semula jadi juga.
Emosi juga turut memainkan peranan dalam
penghasilan susu ibu. Jika anda dalam tekanan perlu untuk sesuaikan emosi
kerana ia mempengaruhi penyusuan anda. Pastikan ia berlalu dengan sendirinya
dan anda mampu mengawal emosi sebaiknya semasa proses penyusuan.
Susu ibu adalah susu yang terbaik dalam
pertumbuhan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat. Niat dan dipermudahkan
dalam penyusuan bayi anda yang akan sekarang dan akan datang. Sama-sama manfaat
kan untuk kesihatan anda dan juga bayi.
No comments:
Post a Comment