2 July 2019

Vitamin C Sangat Penting Untuk Keseluruhan Perkembangan Dan Pemulihan Sel-Sel Kita.


Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.

Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. optimumkan tahap Vitamin C anda dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!

4 cara Vitamin C bekerja untuk tubuh badan kita. Antaranya :

KESIHATAN IMUN DAN SISTEM SARAF
Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai keperluan Vitamin C yang mencukupi, mampu mencegah jangkitan berbanding mereka dengan kekurangan vitamin C.

KULIT BERSERI DAN TANPA CELA
Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih baik dan sekata.

MENINGKATKAN PENYEMBUHAN
Vitamin C diperlukan untuk menyembuhan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit.
Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka.
Orang yang mengalamai kekurangan Vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dnegan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.

MENYOKONG PENYERAPAN ZAT BESI
Vitamin C meningkatkan penyerapan besi, mineral penting untuk pembentukan normal sel-sel darah merah dan haemoglobin.

Tahukah Anda?

Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan cepah dikumuh dari badan. Jadi, penting untuk memilih rumusan Vitamin C terbaik dan boleh membebaskannya secara terperingkat untuk memastikan tubuh mempunyai perlindungan yang diperlukan sepanjang hari.

Mulakan dari sekarang untuk kesihatan tubh badan anda dan juga keluarga !

No comments:

Post a Comment