Selain daripada
kesihatan jantung, asid lemak omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita
dalam pelbagai cara. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimimana anda boleh
manfaatkan nutrein penting ini untuk tubuh badan anda.
MENGEKALKAN
KESIHATAN MATA
Retina anda
mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman
visual. Omega-3 menyokong dengan:
- Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat.
- Membantu menyaliran cecair intrackular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaucoma.
MENINGKATKAN SISTEM
IMUN
Keradangan yang
berpanjangan akibat ktekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh merosakkan tisu
anda yang membawa kepada kemerosotan dan bengkak. Omega-3 menyokong dengan :
- Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan.
- EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibody, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda!
BERAT BADAN YANG
SIHAT
Satu kajian
menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha
untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan:
- Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
- Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.
TULANG YANG LEBIH
KUAT DAN SENDI YANG LEBIH SIHAT
Semakin berusia,
penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi
anda berkurangan., menyebabkan sendi menjadi sakit dan radang. Omega-3
menyokong dengan :
- Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
- Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.
FUNGSI OTAK YANG
LEBIH SIHAT DAN MOOD YANG LEBIH BAIK
Adakah anda tahu
bahawa membrane dan sel otak anda diperbuat daripada lemak penting? Ia merupakan
bahan penting untuk membina otak anda, omega-3 menyokong dengan :
- Mengurangkan kedarangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain.
- Mengawal paras kortisol iaitu hormone stress. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya berasa lebih baik.
Jom sekarang ambil
sumber Omega-3 yang banyak mambantu meningkatkan kesihatan diri anda dan
keluarga !
No comments:
Post a Comment