Masakan nusantara
khususnya menggunakan pelbagai jenis rempah sebagai sebahagian ramuan
juadahnya. Dengan adanya rempah ratus, rasa masakan bertambah enak dan tidak
sempurnalah masakan itu kiranya rempah ratus yang diperlukan tidak lengkap.
Buat yang baru
berumah tangga dan belum mengenali nama-nama rempah ratus dalam masakan,
berikut adalah sebahagian daripada keluarga rempah ratus yang cukup popular di pantry
dapur.
BUAH PELAGA
Buah pelaga atau “Cardamom”
mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya
dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga
sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran seperti kopi, teh dan sirap.
Pelaga merupakan
rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan
rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran.
BUNGA CENGKIH
Ia merupakan kuntuman
bunga pohon cengkih yang dikeringkan. Khabarnya bunga cengkih ini berasal dari
kepulauan Maluku yang letaknya di Indonesia. Cengkih adaah rempah serbaguna
dengan rasa manis dan aroma yang tersendiri.
Selain bermanfaat
dalam masakan, bunga cengkih juga boleh dimanfaatkan sebagai remedy pelega
sakit gigi dan penghalau serangga secara alami.
KULIT KAYU MANIS
Tidaklah manis pun
rasanya seperti mana namanya. Sebaliknya kulit kayu manis juga dikelai dengan
nama saintifiknya Cinnamomum Zeylanicum ini berasal dari Sri Lanka.
Lazimnya ia digunakan
sebagai sebahagian elemen pembuka ketika menumis masakan. Sup ayam, nasi minyak
dan teh kulit kayu manis pasti canggung rasanya tanpa adanya hero nan sati ini.
LADA HITAM
Lada hitam mempunyai
aroma tajam dan menusuk, serta rasa asli pedas berempah. Lada hitam elok
dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, ia bagus
dicampur di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan.
LADA PUTIH
Nama saintifik lada
putih ialah Piper nigrum. Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam
membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) diguankan di
dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.
JINTAN MANIS
Dikenali dengan nama
saintifiknya iaitu Pimpinella Anisum, jintan manis beraroma dan mempunyai rasa
yang manis. Ketika muda ia berwarna coklat ataupun hijau muda, sebaliknya
apabila ia matang, ia berubah warna kepada kelabu setelah matang.
JINTAN PUTIH
Jintan putih adalah
rempah aromatic yang mempunyai rasa pahit dan mempunyai kandungan minyak
semulajadi didalamnya. Sering dijadikan sebahagian rencah dalam masakan kari
dan juga diguankan dalam penghasilan kuih khususnya santapan masyarakat India.
BIJI SAWI
Biji sawi berperasa
pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos dan sos salad. Digunakan
dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah
perasa masakan India. Juga dikenali sebagai balack mustard, brown mustard,
India mustard.
SERBUK KUNYIT
Kunyit dikenali
dengan nama saintifiknya iaitu Curcuma domestica. Tumbuhan herba ini berasal
dari India dan menjadi sebahagian daripada barang dagangan silam yang dibawa
masuk ke pasaran Adia Tenggara.
Menjadi bahan wajib
ada untuk dilumur kepada ayam, ikan dan bahan pewarna semulajadi dalam masakah
tradisional. Daun kunyit juga menjadi sebahagian dari penaik aroma masakan.
BIJI KETUMBAR
Digunakan untuk
menambah kesedapan makanan dalam masakan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai
aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu,
ketumbar juga menambhakan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau
ikan goreng dan sebagainya.
BIJI BUAH PALA
Merupakan pecahan
rempah ratus yang kaya manfaatnya. Berasal dari tumbuhan jenis malar hijau,
rasa biji buah pala digambarkan sedikit rasa pedas, agak manis dan boleh
memberikan aroma kepada apa jua jenis masakan.
BUAH KERAS
Elemen pembangkit
rasa lemak semulajadi dalam masakan, menjadikan buah keras juga menjadi
sebahagian elemen penting dalam masakan Melayu, India dan Arab. Buah keras juga
membolehkan santan yang dimasukkan dalam masakkan tidak menjadi pecah minyak.
Untuk mendapatkan
aroma yang memukau, sebaiknya buah keras digoreng tanpa minyak sebelum digunakan
di dalam masakan. Mahukan sambal anda ekstak lemak? Kisar buah keras bersama
bawang putih dan bawang merah. Pastinya anda teruja merasai keenakan sambal
itu.
BUNGA LAWANG
Bunga lawang sebenarnya
bukannya sejenis bunga, sebalikya ia adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis
pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga lapan meter.
Ia mempunyai bunga
yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Bunga lawang dijadikan
rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga
cengkih.
Bagi masyarakat
Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti
nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging,
makanan laut dan ayam.
No comments:
Post a Comment