Sebenarnya, diabetes
bukanlah masalah kesihatan yang asing pada semua orang. Ada penyebab kepada
penyakit ini. Penyakit diabetes berlaku apabila keadaan metabolisme dalam badan
abnormal sehingga kadar glukosa dalam darah dan urin meningkat.
Akibatnya, berlaku
ketidakmampuan tubuh untuk mneghasilkan hormone insulin. Mungkin ini menjadi
penyebab diabetes :
1 TEH MANIS
Pengambilan minuman
atau makanan manis yang banyak menyebabkan kadar gula darah melonjak tinggi. Dikatakan
segelas teh manis yang mengandungi 250-300 kalori (bergantung kepekatan). Keperluan
kalori seorang dewasa adalah 1.900 kalori per hari (bergantung pada aktiviti). Jika
tidak melakukan aktiviti tiada pembuangan kalori pada badan anda.
Sedangkan teh manis
adalah 1.000 – 1.200 kalori. Ini belum termasuk dengan makan tiga kali sehari
dan lauk pauk. Belum lagi masuk dessert
yang sememangnya menjadi buruan selepas makan.
Gantikan : Pilih air
putih, teh tanpa gula atau hadkan pengambilan gula tidak lebih daripada dua
sudu teh sehari.
2 SUKA
MENGUNYAH
Sanggup menghadkan
makanan tengahari dan malam bagi mengelakkan obesiti dan diabetes. Sedangkan dengan
hanya mengisi perut dengan dua keping biskut, kek atau kerepek juga boleh
mengundang kepada penyakit diabetes.
Ini kerana, makanan ini
turut tergolong dalam makanan glisemik
indeks tinggi serta gula dan tepung yang terkandung di dalamnya mempunyai
peranan dalam menaikkan kadar gula dalam darah.
Kurang pengambilan
makanan kering dan lebihkan ambil sayuran atau buah-buahan.
3 MINUMAN
SODA
Minum soda
berlebihan, boleh menjadi penyebab diabetes. Penelitian mendapati antara
penyebab diabetes kerana kandungan pemanis yang ada dalam minuman bersoda,
malah minuman ini tidak membuatkan anda kenyang dan mendorong untuk anda minum
lebih banyak.
Sememangnya minuman
soda mengandungi kandungan gula yang tinggi. Dan mana-mana pun semuanya ada gula
yang boleh meningkatkan gula dalam darah anda.
4 MAKANAN
BERGORENG
Siapa sangka makanan
bergoreng boleh menjadi penyebab diabetes. Bukan hanya diabetes tetapi makanan
bergoreng ini turut menjadi penyumbang kepada penyakit kardiovaskular dan
strok.
Kebanyakan makanan di
Malaysia bergoreng dan sememangnya kebanyakan kita memilih untuk makanan yang
bergoreng. Dalam pada itu, tanpa sedar makanan bergoreng juga boleh penyebab
diabetes. Atasilah dengan mengurangkan makanan yang bergoreng.
5 KURANG
TIDUR
Jika anda tidak
mendapat kualiti tidur yang secukupnya, metabolism akan terganggu.
Kajian dari
University of Chicago mengatakan kurang tidur selama tiga hari boleh mengakibatkan
kemampuan badan untuk memproses glukoasa menurun secara drastik dan merangsang hormon
dalam darah untuk mengambil makanan berkalori tinggi sehingga menaikkan kadar
gula darah.
6 KERAP
STRESS
Akibat stress, ia
boleh meningkatkan produksi hormon epinephrine
dan kortisol supaya gula darah naik dan ada tenaga untuk melakukan aktiviti.
Namun, jika gula
darah terus tinggi kerana stress berkekalan tanpa jalan keluar, ia boleh
memberi kesan lebih buruk.
TANDA DIABETES PADA LELAKI
- Akan mengalami kekerapan untuk membuang air kencing dalam tempoh satu atau dua jam sekali.
- Cepat merasa penat dan letih walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti berat.
- Pandangan kerap kabur dan silau apabila membaca di tempat gelap (walaupun tidak pernah memaki kanta lekap)
- Penurunan berat badan berlebihan sedangkan tidak pernah melakukan diet.
- Cepat rasa sakit pada bahagian kaki dan tangan sedangkan tidak pernah mengalami sebrang luka atau melakukan aktiviti tertentu.
Jaga-jaga kerana
dalam keadaan semasa sekarang kita tidak mengendahkan pemakanan dan kurang
dalam melakukan aktiviti bersukan. Jadikan rutin untuk kita mencegahnya
daripada sekarang.
No comments:
Post a Comment