16 July 2019

ZINK DIPERLUKAN OLEH LELAKI


Walaupun zink diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, kekurangan zink boleh memberi kesan yang serius atau ketidakselesaan pada kesihatan badan.

Ia diperlukan oleh lelaki, zink adalah penting untuk manfaat kesihatan di mana ianya berfungsi seperti berikut :
MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA
Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti harian anda.
  • Menukarkan karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga dengan membakar makanan secara efisien.
  • Zink menyokong penghasilan, penyimpanan dan rembesan insulin, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke dalam sel anda untuk penghasilan tenaga yang optimum.
MENGHASILKAN SPERMA YANG SIHAT
Sperma yang sihat bermula dnegan testis yang sihat.
  • Meningkatkan motility dan ketahanan sperma.
  • Meningkatkan bilangan sperma yang sihat.
  • Melindungi sperma dengan melawan radikal bebas untuk meningkatkan kadar kesuburan.
MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT
Tahap zink yang optimum akan meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  • Memastikan sperma bergerak menuju arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan.
  • Menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.
  • Menghasilkan cecair prostatic, komponen air mani.
MENINGKATKAN KESIHATAN IMUN
Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.
  • Memendekkan tempoh selesema.
  • Memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka berfungsi secara optimum.
MENGEKALKAN JISIM DAN KEKUATAN OTOT
Meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat.
  • Mengawal paras hormon untuk pembinaan dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat.
  • Melambatkan proses kemerosotan otot dan mengekalkan jisim otot.
Dengan pengambilan sumber zink yang berterusan akan dapat membantu tubuh badan anda untuk lebih sihat dan menjadikan anda lebih bertenaga dan subur.

No comments:

Post a Comment