Tidak dinafikan bahwa [rotein memainkan pelbagai peranan
penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan
otot, kulit, rambut dan juga kuku.
Tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi
normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda
bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda.
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA?
BAKAL IBU
Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih
protein untuk :- Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat
- Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
- Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih
protein bernading ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk :- Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu
- Pertumbuhan dan perkembangan optium bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.
BINA BADAN
Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan
rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk :- Membina semula dan memperbaiki otot
- Membina otot tanpa lemak untuk tubh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.
TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/makanan
berprotein sebelum dan selepas bersenam.
MENJAGA BERAT BADAN
Seseorang ymengalami kadar metabolisme tinggi membakar
lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang
rendah. Ambil lebih banyak protein untuk :
- Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama
- Membantu mnegawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
- Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.
PERTENGAHAN USIA
Apabila anda memasuki usia pertengahan, bahan anda
mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu
yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:
- Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
- Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolestrol tinggi.
TIP: Tambah 25g protein soya ke daam diet harian anda
kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolestrol yang
tinggi.
PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada
peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung
dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk :
- Menstabilkan paras gula dalam darah.
- Membantu mengurangkan keradangan, paras kolestrol dan kepekaan insulin.
BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?
Jika anda adalah salah seorang daripada golongan diatas,
cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan serbuk protein. Hanya
campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan
buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.
No comments:
Post a Comment