Walaupun zink diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, kekurangan
zink boleh memberi kesan yang serius atau ketidakselesaan pada kesihatan badan.
Ia diperlukan oleh wanita, zink adalah penting untuk manfaat
kesihatan di mana ianya berfungsi seperti berikut :
RAMBUT YANG KUAT DAN BERKILAU
Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong
penghasilan sel yang optimum.
- Menyokong struktur rambut yang leih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.
- Meningkatkan perumbuhan rambut.
- Mempercepatkan penghasilan folikel rambut.
KULIT CANTIK DAN BERSERI
Sifat anti keradangan zink.
- Mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat.
- Merawat jerawat dan melegakan radang kulit bagi mendapatkan kulit yang sihat berseri.
PERMULAAN YANG SIHAT
Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan
kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.
- Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal, bagi membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penampalan.
MEMPERCEPAT PENYEMBUHAN LUKA.
Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan
jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada
luka.
- Mengekalkan ketahanan dan struktur kulit.,
- Menghasilkan proein dan kolagen untuk penyembuhan luka.
- Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.
MEMBERI TIDUR LEBIH LENA
Dengan tidur yang lebih nyenyak, ia dapat membantu badan
untuk rehat dan kembali bertenaga.
- Membantu dalam menggalakkan dan mengawal cara tidur yang lebih sihat serta memberi tidur yang lebih lena untuk kesegaran dan menjadi aktif setiap hari !
MENINGKATKAN
MEMORI DAN PEMBELAJARAN
Hipokampus,
pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.
- Meningaktkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap.
- Melindungi saraf dan tisu otak
MENINGKATKAN
TENAGA DAN STAMINA
Zink
membantu menukarkan makanan menjadi
tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari
anda.
- Meningkatkan prestasi sukan.
- Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.
Kaum wanita juga perlukan untuk kesegaran malah untuk
membantu mereka yang merancang kehamilan !
No comments:
Post a Comment