Rambut adalah mahkota wanita bahka lelaki juga sangat
menitikberatkan soal rambut. Untuk memilki rambut yang sihat dan cantik,
memerlukan usaha agar terhindar daripada pelbagai masalah seperti rambut gugur,
berkelemumur dan sebagainya.
Selain perawatan mahal, anda juga boleh memiliki rambut
yang sihat dan cantik dengan beberapa cara secara alami.
1. MAKANAN
Dua kandungan pentind dalam makanan yang sangat
diperlukan oleh rmabut adalah zat besi dan protein. Menurut pakar, sel-sel
rambut adalah sel yang paling cepat berkembang dalam tubuh kita. Namun, sel
tersebut jugalah yang paling cepat terpengaruh apabila kita tidak mengambil
makanan yang tepat, yang menganudngi banyak nutrisi.
Jika ingin memiliki rambut yang sihat dan terlihat
cantik semulajadi, kita harus memperbanyakkan memakan sayuran berdaun hijau. Kacang-kacangan,
kacang soya, kacang buncis dan biji labu.
Kita juga digalakkan memakan 12mg zat besi setiap hari. Selain
zat besi, protein juga sangat diperlukan kerana boleh membantu memperkuat akar
rambut. Beberapa sumber protein terbaik diantaranya adalah keju, susu kacang
soya, ikan dan yogurt.
2. JENIS
RAMBUT
Mencuci rambut
dengan menggunakan syampu juga bergantung pada seberapa aktif kulit kepala anda
mengeluarkan minyak. Umumnya, rambut kerinting tidak dianjurkan terlalu kerap
mencuci rambut.
Sebaliknya, rambut yang lurus akan membuat minyak di
kulit kepala lebih cepat turun ke hujung rambut, jika mereka boleh syampu
rambut dengan lebih kerap.
3. CUCI
RAMBUT
Seberapa kerap seharusnya kita mencuci rambut? Menurut para
pakar, mencuci rambut tiga kali seminggu adalah yang paling ideal. Sebaliknya,
mencuci rambut setiap hari tidak digalakkan kerana rambut sebearnya memiliki
minyak semulajadi yang berperanan untuk menjaga dan melindungi rambut agar
tetap sihat.
Jadi, jika kita menggunakan syampu setiap hari, minyak
alami rambut tersebut akan sentiada terhakis. Lambat laun akan menyebabkan
rambut jadi kering, rapuh dan kehilangan kilaunya.
4. GUNA
SYAMPU BERKUALITI
Syampu merupakan salah satu alat mencuci rambut yang
paling ideal dan oaling sering kita gunakan untuk menjaga kesihatan rambut. Sayangnya,
terdapat banyak syampu berkualiti rendah yang ada di pasaran.
Syampu tersebut, walaupun boleh membersihkan rambut,
namun tidak banyak mengandungi nitrisi dan kadang-kadang mengandungi bahan yang
dapat membuat rambut mudah rosak. Jika ingin memiliki rambut sihat dan alami,
belilah syampu berkualiti tinggi. Walaupun harganya agak mahal, namun hasil
yang diberikan berbaloi.
5. ELAKKAN
CUCI DENGAN AIR SUAM
Jika anda terbiasa mandi dengan menggunakan air suam,
cubalah untuk tidak mencuci kepala atau rambut langsung dengan menggunakan air
suam. Kebiasaannya ini boleh menjadi kering, mudah kusut dan rosak.
6. URUT
KULIT KEPALA SECARA RUTIN
Manfaat utama mengurut kulit kepala adalah untuk
meningkatkan kitaran atau aliran darah. Aliran darah yang lancer akan membawa
nutrisi yang banyak dan membuatkan rambut akan menjadi lebih subur dan sihat. Urutan
juga sangat bermanfaat untuk mendetoksifikasikan kulit kepala.
7. JANGAN
SIKAT RAMBUT KETIKA BASAH
Ketika rambut masih basah, hindari menyikat rambut
kerana rambut dalam keadaan rapuh dan mudah patah/putus. Selain itu, pastikan
anda sentiasa mencuci sikat rambut untuk menghilangkan segala bakteria yang
terlekat padanya.
8. MINUM
CUKUP AIR PUTIH
Rambut sangat memerlukan air agar mampu tumbuh dengan
subur dan tetap lembap. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari
agar rambut di kepala juga mendapatkan bekalan cairan.
Untuk rawat masalah rambut kering boleh lakukan dirumah
dengan cara ini.
Moga anda dapat memanfaatkan kaedah ini untuk masalah
rambut anda.
No comments:
Post a Comment