Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran
adalah sesuatu yang menggembirakan bagi semua yang bakal bergelar ibu dan ayah.
Pastinya ia adalah masa yang sibuk dalam membuat persediaan. Sebelum kelahiran,
perlu untuk bakal ibu mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi
kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Selain daripada membekalkan makanan dan keperluan
untuk tumbesaran bayi, susu ibu ini juga boleh melindungi bayi anda daripada
sebarang penyakit kuman yang tidak diingini dan juga masalah kronik yang lain. Ia
juga dapat menguatkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
Kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
dan Unicef merekodkan kematian 800 000 kanak-kanak setahun akibat daripada susu
ibu yang tidak cukup.
Seorang professor daripada Royal College of
Pediatrics Russell Viner berkata “Kebaikan susu ibu telah banyak diketahui umum
namun masih ramai lagi yang tidak mengambil langkah dan sebenarnya memberi
kesan kepada bayi itu sendiri”.
Berikut merupakan KEBAIKAN yang boleh didapati
daripada susu ibu untuk bayi anda.
#1 Susu ibu adalah susu yang terbaik, penuh dengan
nutrein yang terbaik untuk bayi dan ia mengandungi nutrient dalam kadar yang
mencukupi.
#2 Susu ibu memberi nutrisi terbaik dalam membantu
tumbesaran bayi pada tahap optimal.
#3 Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem
imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit,
selesama, bronchitis dan radang paru-paru.
#4 Susu ibu mengandungi nutrein tertentu yang amat
kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan
anak anda.
#5 Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan
seperti asma, eczema dan kolik bayi.
#6 Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan
cara penyusuan lain.
#7 Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul
setiap masa. Oleh itu, ia tidak susah untuk disediakan.
#8 susu ibu mengandungi asid lemak yang penting
dan system tubuh bayi anda akan mudah menyerap dan mencerna susu ibu.
#9 Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi
kepada bayi.
#10 ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk
berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan
anak.
#11 Bagi bayi yang disusukan ibunya, mereka rendah
risiko untuk kematian bayi yang tidak dijangka pada peringkat awal (SUDI)
termasuk kematian bayi secara mengejut (SIDS).
Sebenarnya banyak lagi kebaikan susu ibu untuk
bayi. Paling ketara kebaikannya ialah system imun badan bayi memang jarang
diserang sakit. Demam sesekali adalah tindakbalas normal sistem tubuh mereka
terhadap sebarang kuman baru.
Dalam susu ibu ada antibiotic yang membantu bayi
ketika kurang sihat. Makanya, buatlah persediaan awal bagi bakal ibu untuk
memberikan yang terbaik bagi bayi anda.
PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BEKERJAYA
- Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran
- Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan dinyahkuman.
- Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih.
- Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.
- Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup.
- Biarkan susu yang baru diperah sebentar dalam suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk.
Lakukan untuk kebaikan bayi anda. Moga bermanfaat
untuk bakal ibu di luar sana.
No comments:
Post a Comment