Salah satu produk dalam Home Care Set Shaklee adalah
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Wajib untuk korang miliki Basic H2
nie kerana ia menawarkan seribu kegunaan harian dalam satu botol, menjadikan
kerja pembersihan lebih mudah dan berkesan.
Dengan jumlah penggunaan yang sangat sedikit, sangat
selamat serta sangat berkuasa dalam membersih, sudah tentu pilihan anda wajib
Basic H Organic Super Cleaning Concentrate.
Pembersih pelbagai guna yang berkuasa ini membersihkan
setiap permukaan sehingga bersinar, tanpa meninggalkan sebarang sisa bahaya dan
kesan kotoran di sekeliling kita.
Pembersih serba boleh ini adalah apa yang anda perlukan
untuk pelbagai jenis kerja rumah.
Berikut adalah 10 kegunaan menakjubkan yang
anda tidak sangka mampu dilakukan dengan Basic H.
1. MEMBERSIH
FABRIK BULU, NYLON DAN SEMUA JENIS KAIN
Pembersih rumah yang membersihkan kain?
Kenapa tidak?
Letakkan 2.5ml di dalam besen air suam
dan basuh seperti biasa.
2. MENGHAPUSKAN
YANG MUSTAHIL
Gincu, kopi, dakwat dan gris di blaus
baru anda?
Jangan risau kerana Basic H mampu
menyelamatkannya! Sapukan 1-2 titis terus pada tompokan dan gunakan berus gigi
lembut untuk menggosok, kemudian lap dengan kain lembap atau bilas.
3. MENJADIKAN
KERJA MENYETERIKA LEBIH MUDAH
1-2 titis Basic H dalam seterika stim
akan memastikan jet dan bahagian dalamnya bersih dan membuat wap lebih basah
untu menyeterika lebih mudah. Ia juga memastikan seterika bebas dari deposit
mineral.
Nota : untuk pertama kalinya seterika
kain buruk untuk membersihkan setiap kali deposit lama.
4. HILANG
GETAH
Tiada lagi getah melekat!
Titiskan 2-4 titis pada kain dan
tanggalkan getah dari karpet atau pakaian.
5. CUCI
KERETA
Campurkan 15ml dalam 4.5L air. Mudah menyingkirkan
serangga dan kotoran jalan. Basuh kawasan kecil pada satu masa. Bilas dengan
air. Lap depan kaca, tingkap dank rom selepas membilas.selebihnya kereta kering
tanpa tompokan atau jalur.
6. MEMBERSIH
ENJIN AUTOMOBIL
Campurkan 62.5ml Basic H dalam 4.5L
air. Bersihkan semasa enjinnya panas (system pencucuhan akan kering dengan
cepat). Tidak akan menjejaskan gaskot atau bahan penebat.
7. MEMBERSIH
TUMBUHAN RUMAH
Lembut walaupun pada tumbuhan !
Campurkan beberapa titis Basic H dalam Botol
Penyembur 500ml dan lap daun.
8. MEMBERSIH
KESAN PITA PELEKAT YANG LARUT AIR
Campurkan 2-3 titis dalam Botol
Penyembur 500ml. sembur pada kain dan lap kesan pita pelekat.
9. MEMBERSIH
BARANGAN KULIT
Pastikan barangan kulit berkilat dengan
menitikkan 2 titisan pada span basah, kemudian lap item sehingga kering. Basic H
membersihkan barangan kulit lebih baik daripada sabun barangan kulit.
10. MEMBERSIH
SERTA MENGILATKAN KASUT
Letakkan 2 titis pada kain basah untuk
membersihkan kasut. Kasut bersinar selepas dilap dengan kain kering.
Satu pencuci, pelbagai guna dan manfaat yang ada pada
Basic H
No comments:
Post a Comment