Aktiviti bermain
air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Samada di
rumah ataupun ketika menginap di hotel-hotel. Aktiviti dalam air adalah masa
yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak
Aktiviti sebegini
dapat memberi keseronokan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang
menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan di kalangan
kanak-kanak.
Bukan itu
sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak-anak untuk jadi
lebih berani dan yakin melatih otot-oto fizikal anak anda untuk lebih mantap.
KEBAIKAN BERENANG
Menghilangkan Rasa Takut Pada Air
Kebanyakan kanak-kanak
tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaliknya anda perkenalkan aktiviti
sebengini sejak usia kecik anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba
aktiviti di dalam air.
Keseronokan Baru
Bermain tidak
semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat
untuk anda bermain dengan gembira.
Merangsang Gerakan Motor Kasar
Dengan bermain
air, otot-otot anak anda berkembang dan perumbuhan badannya meningkat. Denga kata
lain, komponen badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana
semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun
teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Pupuk Rasa Berani & Yakin Diri
Berenang mendorong
anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang
tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan dengan
sendiri. Aktiviti sebergini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan
kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Hubungan Sosial
Berenang bersama
orang ramai akan membuatkan hubungan social si kecil akan berkembang dengan
lebih baik. Dengan aktiviti berenang, si kecil bakal mendapat teman baru.
5 TIPS KESELAMATAN
1. Pastikan air yang digunakan untuk aktviti main air
adalah bersih, tidak berbau dan selamat. Air juga perlu dipastikan sentiasa
bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh
menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
2. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika
aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak
semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
3. Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan
sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta
tajam. Ia penting supaya ana-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
4. Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan
kolam plastic. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan
bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
5. Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa
main air. Elakkan membiarkan mereka bersendirian atau bermain bersama rakan
sebaya tanpa pemantauan. Jelaskan pada anaka-anak peraturan dan prosedur semasa
bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami, tidak menolak kawan
dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Pastikan peka
dalam setiap pergerakan anak-anaka ketika bermain air.
No comments:
Post a Comment