26 July 2019

AWAS ! IBU HAMIL JANGAN SAMPAI OBSES !


Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk mengawal berat badan terutamanya yang ingin mengandung.

Berat badan berlebihan atau obesiti akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan buat ibu hamil.

Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurang-kurangnya 4.5kg boleh mengurangkan risiko ibu hamil mendapat kencing manis sebanyak 40 peratus pada kandungan yang seterusnya.

Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9). BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 dan ke atas merupakan obesiti.

 PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Selain mencapai berat badan optimum dan mengikut saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.

1.   Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga semester pertama.

2.   Mengambil vitamin D sekurang-kurangnya 10mg sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga melahirkan dan sepanjang tempoh menyusukan bayi.

3.   Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh peratus daripada berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.

BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL

Obesity berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Jadi ia amat penting untuk dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap diri dan kandungan.

ü  Risiko Kepada Ibu:

ü  Keguguran secara berulang.

ü  Diabetes semasa hamil.

ü  Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa hamil yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ lain.

ü  Darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi penafasan dan membawa maut.

ü  Kelahiran secara induksi.

ü  Kelahiran secara pembedahan.

ü  Komplikasi bius.

ü  Jangkitan pada luka pembedahan atau episiotomy.

ü  Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.

Risiko Kepada Bayi

ü  Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.

ü  Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang.

ü  Kelahiran pramatang

ü  Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar

ü  Kematian neonatal

ü  Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.

Awas, mencegah lebih baik dari mengubati. Ubah daripada sekarang.

BERENANG LATIH SI KECIL JADI BERANI


Aktiviti bermain air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Samada di rumah ataupun ketika menginap di hotel-hotel. Aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak
Aktiviti sebegini dapat memberi keseronokan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan di kalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak-anak untuk jadi lebih berani dan yakin melatih otot-oto fizikal anak anda untuk lebih mantap.

KEBAIKAN BERENANG
Menghilangkan Rasa Takut Pada Air
Kebanyakan kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaliknya anda perkenalkan aktiviti sebengini sejak usia kecik anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.

Keseronokan Baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.

Merangsang Gerakan Motor Kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan perumbuhan badannya meningkat. Denga kata lain, komponen badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.

Pupuk Rasa Berani & Yakin Diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan dengan sendiri. Aktiviti sebergini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.

Hubungan Sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan social si kecil akan berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti berenang, si kecil bakal mendapat teman baru.

5 TIPS KESELAMATAN

1.   Pastikan air yang digunakan untuk aktviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

2.   Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.

3.   Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya ana-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.

4.   Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastic. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

5.   Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan mereka bersendirian atau bermain bersama rakan sebaya tanpa pemantauan. Jelaskan pada anaka-anak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.

Pastikan peka dalam setiap pergerakan anak-anaka ketika bermain air.

25 July 2019

8 CARA DAPATKAN RAMBUT CANTIK DAN SIHAT SECARA ALAMI



Rambut adalah mahkota wanita bahka lelaki juga sangat menitikberatkan soal rambut. Untuk memilki rambut yang sihat dan cantik, memerlukan usaha agar terhindar daripada pelbagai masalah seperti rambut gugur, berkelemumur dan sebagainya.

Selain perawatan mahal, anda juga boleh memiliki rambut yang sihat dan cantik dengan beberapa cara secara alami.

1.    MAKANAN

Dua kandungan pentind dalam makanan yang sangat diperlukan oleh rmabut adalah zat besi dan protein. Menurut pakar, sel-sel rambut adalah sel yang paling cepat berkembang dalam tubuh kita. Namun, sel tersebut jugalah yang paling cepat terpengaruh apabila kita tidak mengambil makanan yang tepat, yang menganudngi banyak nutrisi.

Jika ingin memiliki rambut yang sihat dan terlihat cantik semulajadi, kita harus memperbanyakkan memakan sayuran berdaun hijau. Kacang-kacangan, kacang soya, kacang buncis dan biji labu.

Kita juga digalakkan memakan 12mg zat besi setiap hari. Selain zat besi, protein juga sangat diperlukan kerana boleh membantu memperkuat akar rambut. Beberapa sumber protein terbaik diantaranya adalah keju, susu kacang soya, ikan dan yogurt.

2.    JENIS RAMBUT

Mencuci  rambut dengan menggunakan syampu juga bergantung pada seberapa aktif kulit kepala anda mengeluarkan minyak. Umumnya, rambut kerinting tidak dianjurkan terlalu kerap mencuci rambut.

Sebaliknya, rambut yang lurus akan membuat minyak di kulit kepala lebih cepat turun ke hujung rambut, jika mereka boleh syampu rambut dengan lebih kerap.

3.    CUCI RAMBUT

Seberapa kerap seharusnya kita mencuci rambut? Menurut para pakar, mencuci rambut tiga kali seminggu adalah yang paling ideal. Sebaliknya, mencuci rambut setiap hari tidak digalakkan kerana rambut sebearnya memiliki minyak semulajadi yang berperanan untuk menjaga dan melindungi rambut agar tetap sihat.

Jadi, jika kita menggunakan syampu setiap hari, minyak alami rambut tersebut akan sentiada terhakis. Lambat laun akan menyebabkan rambut jadi kering, rapuh dan kehilangan kilaunya.

4.    GUNA SYAMPU BERKUALITI

Syampu merupakan salah satu alat mencuci rambut yang paling ideal dan oaling sering kita gunakan untuk menjaga kesihatan rambut. Sayangnya, terdapat banyak syampu berkualiti rendah yang ada di pasaran.

Syampu tersebut, walaupun boleh membersihkan rambut, namun tidak banyak mengandungi nitrisi dan kadang-kadang mengandungi bahan yang dapat membuat rambut mudah rosak. Jika ingin memiliki rambut sihat dan alami, belilah syampu berkualiti tinggi. Walaupun harganya agak mahal, namun hasil yang diberikan berbaloi.

5.    ELAKKAN CUCI DENGAN AIR SUAM

Jika anda terbiasa mandi dengan menggunakan air suam, cubalah untuk tidak mencuci kepala atau rambut langsung dengan menggunakan air suam. Kebiasaannya ini boleh menjadi kering, mudah kusut dan rosak.

6.    URUT KULIT KEPALA SECARA RUTIN

Manfaat utama mengurut kulit kepala adalah untuk meningkatkan kitaran atau aliran darah. Aliran darah yang lancer akan membawa nutrisi yang banyak dan membuatkan rambut akan menjadi lebih subur dan sihat. Urutan juga sangat bermanfaat untuk mendetoksifikasikan kulit kepala.

7.    JANGAN SIKAT RAMBUT KETIKA BASAH

Ketika rambut masih basah, hindari menyikat rambut kerana rambut dalam keadaan rapuh dan mudah patah/putus. Selain itu, pastikan anda sentiasa mencuci sikat rambut untuk menghilangkan segala bakteria yang terlekat padanya.

8.    MINUM CUKUP AIR PUTIH

Rambut sangat memerlukan air agar mampu tumbuh dengan subur dan tetap lembap. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari agar rambut di kepala juga mendapatkan bekalan cairan.

Untuk rawat masalah rambut kering boleh lakukan dirumah dengan cara ini.

Moga anda dapat memanfaatkan kaedah ini untuk masalah rambut anda. 

17 July 2019

KENALI REMPAH RATUS DALAM MASAKAN


Masakan nusantara khususnya menggunakan pelbagai jenis rempah sebagai sebahagian ramuan juadahnya. Dengan adanya rempah ratus, rasa masakan bertambah enak dan tidak sempurnalah masakan itu kiranya rempah ratus yang diperlukan tidak lengkap.
Buat yang baru berumah tangga dan belum mengenali nama-nama rempah ratus dalam masakan, berikut adalah sebahagian daripada keluarga rempah ratus yang cukup popular di pantry dapur.

BUAH PELAGA
Buah pelaga atau “Cardamom” mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran seperti kopi, teh dan sirap.
Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran.

BUNGA CENGKIH
Ia merupakan kuntuman bunga pohon cengkih yang dikeringkan. Khabarnya bunga cengkih ini berasal dari kepulauan Maluku yang letaknya di Indonesia. Cengkih adaah rempah serbaguna dengan rasa manis dan aroma yang tersendiri.
Selain bermanfaat dalam masakan, bunga cengkih juga boleh dimanfaatkan sebagai remedy pelega sakit gigi dan penghalau serangga secara alami.




KULIT KAYU MANIS
Tidaklah manis pun rasanya seperti mana namanya. Sebaliknya kulit kayu manis juga dikelai dengan nama saintifiknya Cinnamomum Zeylanicum ini berasal dari Sri Lanka. 
Lazimnya ia digunakan sebagai sebahagian elemen pembuka ketika menumis masakan. Sup ayam, nasi minyak dan teh kulit kayu manis pasti canggung rasanya tanpa adanya hero nan sati ini.

LADA HITAM
Lada hitam mempunyai aroma tajam dan menusuk, serta rasa asli pedas berempah. Lada hitam elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, ia bagus dicampur di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan.



LADA PUTIH
Nama saintifik lada putih ialah Piper nigrum. Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) diguankan di dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.

JINTAN MANIS
Dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Pimpinella Anisum, jintan manis beraroma dan mempunyai rasa yang manis. Ketika muda ia berwarna coklat ataupun hijau muda, sebaliknya apabila ia matang, ia berubah warna kepada kelabu setelah matang.

JINTAN PUTIH
Jintan putih adalah rempah aromatic yang mempunyai rasa pahit dan mempunyai kandungan minyak semulajadi didalamnya. Sering dijadikan sebahagian rencah dalam masakan kari dan juga diguankan dalam penghasilan kuih khususnya santapan masyarakat India.

BIJI SAWI
Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos dan sos salad. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Juga dikenali sebagai balack mustard, brown mustard, India mustard.



SERBUK KUNYIT
Kunyit dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Curcuma domestica. Tumbuhan herba ini berasal dari India dan menjadi sebahagian daripada barang dagangan silam yang dibawa masuk ke pasaran Adia Tenggara.

Menjadi bahan wajib ada untuk dilumur kepada ayam, ikan dan bahan pewarna semulajadi dalam masakah tradisional. Daun kunyit juga menjadi sebahagian dari penaik aroma masakan.

BIJI KETUMBAR
Digunakan untuk menambah kesedapan makanan dalam masakan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambhakan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.

BIJI BUAH PALA
Merupakan pecahan rempah ratus yang kaya manfaatnya. Berasal dari tumbuhan jenis malar hijau, rasa biji buah pala digambarkan sedikit rasa pedas, agak manis dan boleh memberikan aroma kepada apa jua jenis masakan.

BUAH KERAS
Elemen pembangkit rasa lemak semulajadi dalam masakan, menjadikan buah keras juga menjadi sebahagian elemen penting dalam masakan Melayu, India dan Arab. Buah keras juga membolehkan santan yang dimasukkan dalam masakkan tidak menjadi pecah minyak.
Untuk mendapatkan aroma yang memukau, sebaiknya buah keras digoreng tanpa minyak sebelum digunakan di dalam masakan. Mahukan sambal anda ekstak lemak? Kisar buah keras bersama bawang putih dan bawang merah. Pastinya anda teruja merasai keenakan sambal itu.

BUNGA LAWANG
Bunga lawang sebenarnya bukannya sejenis bunga, sebalikya ia adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga lapan meter. 
Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.
Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam.

DIABETES MENYERANG DALAM DIAM


Sebenarnya, diabetes bukanlah masalah kesihatan yang asing pada semua orang. Ada penyebab kepada penyakit ini. Penyakit diabetes berlaku apabila keadaan metabolisme dalam badan abnormal sehingga kadar glukosa dalam darah dan urin meningkat.

Akibatnya, berlaku ketidakmampuan tubuh untuk mneghasilkan hormone insulin. Mungkin ini menjadi penyebab diabetes :

1 TEH MANIS

Pengambilan minuman atau makanan manis yang banyak menyebabkan kadar gula darah melonjak tinggi. Dikatakan segelas teh manis yang mengandungi 250-300 kalori (bergantung kepekatan). Keperluan kalori seorang dewasa adalah 1.900 kalori per hari (bergantung pada aktiviti). Jika tidak melakukan aktiviti tiada pembuangan kalori pada badan anda.

Sedangkan teh manis adalah 1.000 – 1.200 kalori. Ini belum termasuk dengan makan tiga kali sehari dan lauk pauk. Belum lagi masuk dessert yang sememangnya menjadi buruan selepas makan.

Gantikan : Pilih air putih, teh tanpa gula atau hadkan pengambilan gula tidak lebih daripada dua sudu teh sehari.

2 SUKA MENGUNYAH

Sanggup menghadkan makanan tengahari dan malam bagi mengelakkan obesiti dan diabetes. Sedangkan dengan hanya mengisi perut dengan dua keping biskut, kek atau kerepek juga boleh mengundang kepada penyakit diabetes.

Ini kerana, makanan ini turut tergolong dalam makanan glisemik indeks tinggi serta gula dan tepung yang terkandung di dalamnya mempunyai peranan dalam menaikkan kadar gula dalam darah.

Kurang pengambilan makanan kering dan lebihkan ambil sayuran atau buah-buahan.

3 MINUMAN SODA

Minum soda berlebihan, boleh menjadi penyebab diabetes. Penelitian mendapati antara penyebab diabetes kerana kandungan pemanis yang ada dalam minuman bersoda, malah minuman ini tidak membuatkan anda kenyang dan mendorong untuk anda minum lebih banyak.

Sememangnya minuman soda mengandungi kandungan gula yang tinggi. Dan mana-mana pun semuanya ada gula yang boleh meningkatkan gula dalam darah anda.

4 MAKANAN BERGORENG

Siapa sangka makanan bergoreng boleh menjadi penyebab diabetes. Bukan hanya diabetes tetapi makanan bergoreng ini turut menjadi penyumbang kepada penyakit kardiovaskular dan strok.

Kebanyakan makanan di Malaysia bergoreng dan sememangnya kebanyakan kita memilih untuk makanan yang bergoreng. Dalam pada itu, tanpa sedar makanan bergoreng juga boleh penyebab diabetes. Atasilah dengan mengurangkan makanan yang bergoreng.

5 KURANG TIDUR

Jika anda tidak mendapat kualiti tidur yang secukupnya, metabolism akan terganggu.

Kajian dari University of Chicago mengatakan kurang tidur selama tiga hari boleh mengakibatkan kemampuan badan untuk memproses glukoasa menurun secara drastik dan merangsang hormon dalam darah untuk mengambil makanan berkalori tinggi sehingga menaikkan kadar gula darah.

6 KERAP STRESS

Akibat stress, ia boleh meningkatkan produksi hormon epinephrine dan kortisol supaya gula darah naik dan ada tenaga untuk melakukan aktiviti.

Namun, jika gula darah terus tinggi kerana stress berkekalan tanpa jalan keluar, ia boleh memberi kesan lebih buruk.

TANDA DIABETES PADA LELAKI

  • Akan mengalami kekerapan untuk membuang air kencing dalam tempoh satu atau dua jam sekali.

  • Cepat merasa penat dan letih walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti berat.

  • Pandangan kerap kabur dan silau apabila membaca di tempat gelap (walaupun tidak pernah memaki kanta lekap)

  • Penurunan berat badan berlebihan sedangkan tidak pernah melakukan diet.

  • Cepat rasa sakit pada bahagian kaki dan tangan sedangkan tidak pernah mengalami sebrang luka atau melakukan aktiviti tertentu.

Jaga-jaga kerana dalam keadaan semasa sekarang kita tidak mengendahkan pemakanan dan kurang dalam melakukan aktiviti bersukan. Jadikan rutin untuk kita mencegahnya daripada sekarang.

16 July 2019

KAMI TIDAK MENJUAL SUSU TETAPI KAMI MEMBANTU IBU MENGHASILKAN SUSU YANG TERBAIK UNTUK BAYI


Bagi sesetengah wanita, menyusu tidak berlaku secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaikuntuk bayi. Ada juga yang awal2 sudah mendedahkan kepada susu formula.

Tidak dinafikan ada juga antara ibu-ibu yang kurang susu tapi sekurangnya lakukanlah yang terbaik untuk bayi anda. Jom cuba secara alami untuk penyusuan yang lebih ekslusif bagi bayi anda.

Di sini Farah berikan sedikit petua bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik agar anak anda mendapat nutrisi yang optimum.

LAKUKAN URUTAN PAYUDARA

Urutan payudara akan membantu melancarkan saluran susu untuk pengaliran susu dengan lebih lancer. Kesannya, anada akan mengahsilkan lebih banyak susu untuk bayi anda!

Betul kerana ia membantu dan mengurangkan kesan kekurangan susu badan. Lakukan sekerap yang boleh untuk penghasilan susu yang banyak pada bayi anda. Anda juga boleh buat stok EBM bagi bayi anda lebih-lebih lagi ibu yang bekerjaya.

MAKAN JUMLAH PROTEIN YANG MENCUKUPI

Seorang ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yang selamat dan tinggi protein untuk menghasilkan dan mengekalkan bekalan susu anda.

Bagi Farah memang seawall selepas bersalin Farah memang sudah bekalkan sumber protein untuk anak. Pilihan Farah semestinya ESP SOY PROTEIN.

MINUM AIR BANYAK

Susu anda terdiri daripada 90 peratus air. Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang mencukupi untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi anda.

Biasakan minum air yang banyak mengikut berat. Di samping itu, ia boleh mengurangkan toksin dalam badan dan mengurangkan badan dehidrasi.

MAKANAN TAMBAHAN DENGAN ALFALFA

Alfalfa bermanfaat untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia dianggap sebagai galaktagog, bahan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan menrangsang tisu susu dan bekalan susu.

Kebanyak ibu-ibu juga tidak tahu pengambilan alfalfa yang berterusan membantu dalam penghasilan susu badan juga. Ambillah sebagai persediaan ada dalam penyusuan bayi anda.

URUS TEKANAN ANDA

Emosi anda memberi kesan kepada bekalan susu anda. Oleh itu, duduk, berehat dan nikmati pengalaman penyusuan ini kerana ia membantu merembeskan hormone penenang secara semula jadi juga.

Emosi juga turut memainkan peranan dalam penghasilan susu ibu. Jika anda dalam tekanan perlu untuk sesuaikan emosi kerana ia mempengaruhi penyusuan anda. Pastikan ia berlalu dengan sendirinya dan anda mampu mengawal emosi sebaiknya semasa proses penyusuan.

Susu ibu adalah susu yang terbaik dalam pertumbuhan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat. Niat dan dipermudahkan dalam penyusuan bayi anda yang akan sekarang dan akan datang. Sama-sama manfaat kan untuk kesihatan anda dan juga bayi.

ZINK DIPERLUKAN OLEH WANITA


Walaupun zink diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, kekurangan zink boleh memberi kesan yang serius atau ketidakselesaan pada kesihatan badan.

Ia diperlukan oleh wanita, zink adalah penting untuk manfaat kesihatan di mana ianya berfungsi seperti berikut :

RAMBUT YANG KUAT DAN BERKILAU
Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong penghasilan sel yang optimum.
  • Menyokong struktur rambut yang leih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.
  • Meningkatkan perumbuhan rambut.
  • Mempercepatkan penghasilan folikel rambut.
KULIT CANTIK DAN BERSERI
Sifat anti keradangan zink.
  • Mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat.
  • Merawat jerawat dan melegakan radang kulit bagi mendapatkan kulit yang sihat berseri.
PERMULAAN YANG SIHAT
Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. 
  • Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal, bagi membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penampalan.
MEMPERCEPAT PENYEMBUHAN LUKA.
Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka. 
  • Mengekalkan ketahanan dan struktur kulit.,
  • Menghasilkan proein dan kolagen untuk penyembuhan luka.
  • Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.
MEMBERI TIDUR LEBIH LENA
Dengan tidur yang lebih nyenyak, ia dapat membantu badan untuk rehat dan kembali bertenaga.
  • Membantu dalam menggalakkan dan mengawal cara tidur yang lebih sihat serta memberi tidur yang lebih lena untuk kesegaran dan menjadi aktif setiap hari !

MENINGKATKAN MEMORI DAN PEMBELAJARAN

Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.

  • Meningaktkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap.

  • Melindungi saraf dan tisu otak

MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.

  • Meningkatkan prestasi sukan.

  • Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.

Kaum wanita juga perlukan untuk kesegaran malah untuk membantu mereka yang merancang kehamilan !

ZINK DIPERLUKAN OLEH LELAKI


Walaupun zink diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, kekurangan zink boleh memberi kesan yang serius atau ketidakselesaan pada kesihatan badan.

Ia diperlukan oleh lelaki, zink adalah penting untuk manfaat kesihatan di mana ianya berfungsi seperti berikut :
MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA
Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti harian anda.
  • Menukarkan karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga dengan membakar makanan secara efisien.
  • Zink menyokong penghasilan, penyimpanan dan rembesan insulin, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke dalam sel anda untuk penghasilan tenaga yang optimum.
MENGHASILKAN SPERMA YANG SIHAT
Sperma yang sihat bermula dnegan testis yang sihat.
  • Meningkatkan motility dan ketahanan sperma.
  • Meningkatkan bilangan sperma yang sihat.
  • Melindungi sperma dengan melawan radikal bebas untuk meningkatkan kadar kesuburan.
MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT
Tahap zink yang optimum akan meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  • Memastikan sperma bergerak menuju arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan.
  • Menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.
  • Menghasilkan cecair prostatic, komponen air mani.
MENINGKATKAN KESIHATAN IMUN
Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.
  • Memendekkan tempoh selesema.
  • Memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka berfungsi secara optimum.
MENGEKALKAN JISIM DAN KEKUATAN OTOT
Meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat.
  • Mengawal paras hormon untuk pembinaan dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat.
  • Melambatkan proses kemerosotan otot dan mengekalkan jisim otot.
Dengan pengambilan sumber zink yang berterusan akan dapat membantu tubuh badan anda untuk lebih sihat dan menjadikan anda lebih bertenaga dan subur.

BAGAIMANA MEMILIH SERBUK PROTEIN YANG TERBAIK



Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari.

Bagaimana pun dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di parasan, yang mana satukah terbaik untuk anda ?

TAHUKAH ANDA?

Pengambilan 25g protein soya setiap hari memberi kesan penurunan tahap kolestrol.

PERHATIKAN CIRI-CIRI INI DI DALAM SERBUK PROTEIN ANDA
TIP 1 : DAPATKAN SOYA!
Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa.
  • Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolestrol.
  • Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopous menangani sindrom menopous seperti kepanasan badan.
  • 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.
TIP 2 : TIADA GULA PASIR TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan !
  • Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
  • Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.
TIP 3 : MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu :
  • Mengekalkan paras gula darah yang sihat 
  • Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama. 
  • Mengawal dan menguruskna pengambilan makanan dan berat badan.
TIP 4: LENGKAP DNEGAN 9 ASID AMINO PENTING
Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk :
  • Fungsi badan yang optimum
  • Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrein serta membentuk organ. Kelenjar dan otot.
  • Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.
TIP 5 : BUKAN GMO
Orgamisma yang diubah suai secara genetic (GMO) adalah tumbuhan, haiwan ataupun miroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetic atau teknik kejuruteraan.
Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan :
  • Nutrient kekal dalam sumber makanan
  • Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat. 
TIP 6 : RENDAH LEMAK
Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari sebuk yang anda pilih dan bukannya lemak.
  • Membantu mengekalkan jisim otot
  • Membantu mengekalkan tahap kolestrol
  • Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

Dan ciri-ciri kesemua diatas ada pada ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE.