6 November 2017

CARA ATASI KULIT WAJAH YANG LESU & KUSAM


Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak nampak mencacatkan penampilan diri malah ia mungkin akan mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak ramai. Ingin tampil dengan wajah berseri tanpa mengenakan solekan tebal membuatkan sesiapa saja tertarik dan lebih mudah untuk ke mana sahaja.

Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidaklah memerlukan belanja terlalu mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya untuk tubuh badan anda. Senaman pada wajah tidak memerlukan waktu yang lama kerana senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana saja.

Misalnya, ketika anda berada di bilik mandi atau sebelum anda bersolek atau dimana sahaja anda berada, senaman ini sangat senang dilakukan walaupun didalam kereta.  Jika anda lakukan senaman muka dengan kerap, wajah anda akan tampak lebih muda, segar dan berseri.

SENAMAN WAJAH
  • Mulakan dengan senyuman manis di depan cermin. 
  • Senyum lebar sehingga menampakkan gigi.
  •  Rapatkan kening dengan menutup mata dan menaikkan kedua-dua pipi tepi hidung. 
  • Lakukan urutan dengan meletakkan dua atau tiga jari dia atas kening dan gerakkan tangan lembut ke arah sisi muka hingga ke telinga. 
  • Buka jari-jari anda dan letakkan di celah antara hidung dan mulut.
  • Gerakkan kearah sisi muka hingga ke telinga.

TEKNIK URUTAN
  • Teknik urutan boleh dilakukan dengan pergerakan terus atau usapan dengan kekerapan lima hingga 10 minit sesi urutan setiap hari. 
  • Dengan mengamalkan teknik senaman dan urutan wajah ini, ia dapat meningkatkan perjalanan darah di bahagian wajah lesu dan tidak bermaya. 
  • Jika diamalkan secara rutin, anda dapat mengurangkan garisan kedut dan masalah lesu pada wajah dapat dihilangkan. 
  • Paling penting semua gerakan senaman wajah ini amat berguna untuk menyegarkan wajah dan menjadikan kulit wajah lebih cantik, anjal dan berseri hanya dengan cara yang mudah.
Selain melakukan senaman wajah penting juga untuk anda ketahui maklumat tambahan bagi mengembalikan keceriaan wajah supaya kamu mendapat hasil yang lebih berbaloi. Berikut merupakan beberapa yang boleh diamalkan:
  • Pakai pelembap muka secara konsisten. Sebaik-baiknya dua kali seminggu. Ia berfungsi untuk membuang sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Juga menjadikan kulit wajah sentiasa anjal dan berseri.
  • Elakkan terdedah lama pada cahaya matahari. Sebaik-baiknya pakai krim anti UV jika berada di luar rumah.
  • Banyakkan minum air kosong (bukan ais), kurangkan pengambilan bergula dan makan lebih banyak sayur dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Ia membantu memelihara kulit daripada kering dan kusam.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda tidur secara berbaring di belakang dan bukannya meniarap. Ia membantu melegakan otot-otot dan memudahkan perjalanan darah ke serata tubuh. Secara tidak lansung membuatkan anda lebih relaks.
  • Jangan guna sabun mandi untuk mencuci muka kerana kandungan di dalamnya tidak sesuai untuk kulit wajah.
  • Jangan gosok atau tonyoh muka secara berlebihan. Ia boleh membuatkan kulit wajah mengelupas dan meninggalkan kesan parut. Sebaik-baiknya buat gerakan lembut untuk membuang kotoran dan minyak pada kulit wajah.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda untuk atasi masalah kulit yang lesu dan kusam.

2 comments:

  1. Waaaa bestnya senaman muka... Kena try nnt ni...

    ReplyDelete
  2. Best ce buat. Kang tersengih2 sorang2 dalam bilik. Hik hik hik. Macam2 rupe buat kan

    ReplyDelete