Bila tak ambil hal, mula la lama kelamaan kulit muka jadi
suram dan tak bermaya. Mula la stress dengan keadaan tersebut. Bila tekanan
lagi la bertambah kusam muka tu tau. Dengan kurangnya pengambilan makanan yang
berkhasiat, tentu sekali untuk dapat kulit kusam tu semakin cerah.
Kulit kusam terjadi ada yang pengambilan hari-hari pemakaian barangan kosmetik. Ada yang terdedah kepada cahaya matahari. Ada yang dah banyak guna bahan kimia dimuka, yang kurang tidur dan sebagainya. Kenali masalah kenapa
boleh terjadi kulit kusam di wajah anda.
APA ITU KULIT KUSAM?
Kulit kusam terjadi disebabkan oleh kehadiran sel kulit
mati. Kulit kita akan berganti setiap 28 hari / 3 minggu. Sel kulit mati ini
terjadi apabila tubuh kekurangan protein untuk menyingkirkan sel mati tersebut.
Bila terjadi, sel kulit mati akan semakain menebal dan mula
menampakkan muka berminyak dan gelap. Dari situlah bermulanya kulit anda
kelihatan tidak bermaya dan kusam.
TERJADINYA KULIT KUSAM :-
#1. SELALU TEKANAN
Tekanan adalah satu gangguan psikologi yang sering menyerang
siapa saja. Walaupun yangberpangkat pun boleh tekanana apatah lagi kita di yang
biasa-biasa kan. Tekanan juga merupakan musuh besar dan dapat mempengaruhi
penampilan anda secara fizikal mahupun mental.
Tekanan boleh menyebabkan kelenjar dalam tubuh mengawal
emosi dan meningkatkan sehingga wajah
pun boleh terpengaruh dengan kenaikan jerawat., eczema, gatal-gatal,
bintik-binti merah dan psoriasis (sejenis penyakti dimana kulit mengalami
proses penggantian terlalu cepat).
#2. KESAN SINARAN UV
Bila seharian anda terdedah dengan cahaya matahari , ia akan
mempercepatkan perubahan pigmentasi kulit anda serta penuaan kulit wajah akan
timbul dengan titik atau noda hitam. Hati-hati apabila keluar rumah kerana
radikal bebas berleluasa dan boleh menyembabkan muka anda nampak lebih kurang
bermaya dan tidak sihat.
#3. KURANG REHAT ATAU KURANG TIDUR
Sepatutnya tidur yang terbaik adalah 6 hingga 8 jam sehari. Jika
tidur pun tidak cukup boleh menambahkan lagi kulit kusam itu. Tidur adalah
waktu yang mana badan kita mememerlukan rehat secukupkan dari
aktivitit-aktiviti yang dilakukan disiang hari. Kulit wajah memerlukan waktu
rehat yang cukup untuk proses penggantian sel-sel kulit yang baru.
#4.PENGAMBILAN MINUMAN ALKOHOL
Minuman beralkohol akan membuat kulit kekurangan cairan,
terlihat lebih kering dan cepat berkedut. Kurangkan pengambilan untuk menjaga
kesihatan kulit wajah.
#5. MEROKOK
Sebuah penelitian menyatakan bahawa wanita yang merokok akan
keliahtan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenar. Hormon estrogen pada
wanita tidak mampu mengikat secara baik kesan dari kandungan rokok yang
dihisap. Selain itu, rokok juga kan menjadi kulit wajah kelihatan lebih ksuam
dan kotor sehingga meninggalkan wajah dengan banyak flek atau noda hitam
seperti jeragat.
#6. DIET YANG TIDAK SIHAT
Jika program diet yang dilakukan tidak sihat dan tidak
teratur, tubuh akan kekurangan bekalan tenaga dan nutrisi yang penting bagi tubuh
mahupun wajah itu sendiri.
#7. PENGGUNAAN KOSMETIK
Penggunaan kosmetik yang bukan dari sumber semulajadi akan
membahayakan kulit. Kandungan yang digunakan akan memberikan kesan negatif
kepada pengguna.
TIPS MENGATASI KULIT KUSAM SECARA ALAMI
#1. JAGA PEMAKANAN
Banyakkan pengambil sayuran dan buahan dalam pemakanan
harian. Cuba kawal pengambilan makanan yang berminyak, berlemak tinggi dan juga
bergoreng.
#2. SENTIASA MEMAKAI PERLINDUNG UV
Biasakan memakai krim pelindung UV. Tidak kira bekerja di
luar atau di dalam pejabat, bisakan memakai pelindung kulit. Yang ini mungkin
sesetengah orang terlepas pandang dan tidak ambil tahu.
#3. MINUM AIR YANG SECUKUPNYA
Minum air masak secukupnya supaya diri tidak mengalami
dehidrasi. Cuba capai untuk minum
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih tepat lagi, mengikut berat badan
anda.
#4. JAUHI TEKANAN
Hindari tekanan dan hari-hari anda penuhilah dengan perkara
yang menggembirakan. Bila tekanan berkurang kulit wajah pun tidak terlalu
stress juga.
#5. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan makanan tambahan juga membantu anda untuk
mendapatkan kulit yang cerah berseri. Dalam merawat dalaman, ia juga bantu
untuk perbaiki sipmtom-simptom kulit kusam yang dihadapi.
Dengan pengkongsian ini dapat memberikan anda atasi masalah kulit kusam yang membelenggu selama ini.
Kredit : Farah Hanim
best set ni ❤
ReplyDeleteAntara set kulit yg mmg takkn mengecewakan
ReplyDelete