25 November 2017

5 TIPS MENJANA PENDAPATAN MELALUI ONLINE

Zaman yang semakin membangun dan dengan keadaan sara hidup semakin meningkat, ramai dah buat bisnes untuk tingkatkan pendapatan isi rumah. Ada yang kurang tahu lagi bagaimana nak mulakan perniagaan kan.

Bila nak mula bisnes nie, kena tahu juga ape yang perlu untuk mulakan. Lagi yang nak mula dengan bisnes online.

Disini saya berikan tips untuk anda yang nak mula bisnes online.

1. PRODUK

Apa yang menjadi dalam keutamaan apabila anda menggunakan aplikasi online sebagai salah satu medium menjana pendapatan adalah produk. Ia tidak kira sama ada produk tersebut adalah hak milik jenama sendiri mahupun orang lain, anda masih perlu mempunyai produk untuk dipasarkan kepada orang ramai yang berperanan sebagai pembeli.
Anda perlu tahu ciri-ciri produk yang dijual dan apakah fungsi-fungsinya yang dapat membantu pelanggan sebagai pembeli. Apakah yang menarik minat mereka sekiranya membeli produk daripada anda.
Jika anda berhasil meyakinkan mereka, pastinya ia membuka jalan kejayaan buat anda untuk lebih berjaya menjana pendapatan yang lumayan.

2. MODAL

Modal yang kecil bukanlah satu perkara yang menjadi penghalang sekiranya anda brrminat untuk menjana pendapatan secara online. Ramai usahawan yang berjaya diluar sana menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan hanya dengan modal yang rendah. Pentingnya adalah usaha untuk menjadikan modal tersebut semakin besar dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda telah berjaya punya modal, meskipun dengan nilai yang kecil semata-mata untuk berniaga, ini bermakna anda telah berjaya melatih diri anda untuk mendapatkan satu modal yang besar pada masa akan datang. Oleh demikian, jangan pernah bimbang dan ragu sekiranya modal yang anda miliki adalah kecil.

3. BELI BARANG

Pastikan apabila anda bermula untuk menjana pendapatan secara online, bermakna anda juga perlu memastikan barangan anda terjual meskipun di tahap masih suam-suam kuku. Jika anda berjaya menghasilkan jualan dengan adanya pembelian, ini bermakna anda telah setapak melangkah maju kehadapan.
Prestasi ini menunjukkan anda telah berjaya memiliki pelanggan dan menarik mereka sebagai pembeli. Ini juga menunjukkan petanda baik bahawasanya barangan jualan adalah laku. Teruskan berusaha dan jangan mengalah untuk menjual. Lama-kelamaan, pasti ramai yang berpaling kepada anda untuk membeli barang jualan anda.

4.AKAUN BANK

Amat penting untuk anda memiliki akaun bank. Dimana ia menjadi transaksi untuk urusan  penjualan dan pembelian. Sekurang-kurangnya anda perlu memiliki satu jenis akaun bank untuk menandakan anda benar-benar serius untuk menjana pendapatan secara online.
Bagaimana mungkin untuk menjalankan  transaksi online sekiranya tidak mempunyai sebarang akaun bank. Anda bukan menjalankan jualan secara offline yang memerlukan pembelian secara tunai, cash by hand atau sebagainya yang memerlukan anda bersua muka antara satu sama lain bersama pelanggan. Oleh itu, perlu dan sangat penting untuk memilki akaun bank

5. MEDIA SOSIAL

Laman media sosial amat penting untuk anda menjana pendapatan online. Dimana disinilah anda akan memperolehi pelanggan. Dan disini jugalah untuk anda menjual barangan anda.
Perlu aktif di media sosial dan kerap berinteraksi bersama pelanggan agar mereka melihat apa kelebihan di sebalik produk anda. Apa yang penting adalah keistimewaan anda dalam menarik mereka untuk melihat produk anda dan sekligus membeli.
Zaman kini, gunakan sahaja pelbagai aplikasi media sosial yang ada. Facebook dan instagram adalah tempat yang paling sesuai untuk penjulaan dan pembelian secafa online. Gunakan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment