Sekarang dah banyak kita dengar pasal penyakit kan. Antaranya
H1N1, kencing tikus, DHMF dan macam-macam lagi. Anak-anak kadang balik dari
rumah pengasuh ke sekolah ke mesti ada yang demam la, batuk la, ada jugak yang
berjangkit selesema.
Sudahnya, takkan kita tak ambil tindakan untuk kuatkan
sistem imun. Kita sakit pun boleh terjejas nak buat kerja, apatah lagi
anak-anak yang masih kecil kan. Antibodi mereka belum kuat untuk melawan
penyakit yang ada di sekeliling mereka.
Apa itu sistem imun?
Sistem imun adalah penjaga tubuh kita daripada serangan
kuman, mikrob, parasit, bakteria, patogen dan toksin. Ia terdiri daripada
sistem limfa, limpa, thymus, sumsum tulang, antibodi, sel darah putih dan
hormon.
Setiapnya berfungsi dengan cara tersendiri untuk
melawan penaykti dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
Apa lagi, jom tingkatkan sistem imun badan kita
sekeluarga. In Sya Allah, dengan mengambil langkah pencegahan ini, kita dan
anak-anak lebih kaut untuk melawan apa jua serangan penyakit samada disebabkan
oleh bakteria ataupun virus.
CARA TINGKTKAN SISTEM IMUN BADAN
#1) BERSENAM/AKTIVITI FIZIKAL SECARA TERATUR
Senaman atau aktiviti fizikal adalah salah satu aspek
yang penting dalam kehidupan yang sihat. Ia dapat membantu sel-sel darah putih
dan antibodi bergerak lebih cepat keseluruh badan, sekaligus meningkatkan
kelancaran serta kelajuan aliran darah. Ia juga menghilangkan bakteria dan
mikrob penyebab penyakit.
#2) POLA PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Maknan yang kaya dengan Vitamin C, bioflavonoid,
karatoneid, zinc, Vitamin E, asid lemak Omega-3 dan selenium merupakan penguat
sistem pertahanan dan kekebalan tubuh.Perbanyakkan juga mengambil sayur, buah dan kekacang.
#3) TIDUR YANG MENCUKUPI
Kurang tidur dapat memberi kesan terhadap sistem
kekebalan tubuh. Didapati bahawa orang yang kurang tidur mudah terdedah kepada
jangkitan bakteria dan virus.
#4) BANYAKKAN
MINUM AIR
Minum banyak air sangat bagus untuk meningkatkan sistem
imuniti tubuh. Air kosong akan membantu melancarkan pergerakan sel darah putih
dan sel-sel lain bergerak ke seluruh tuuh. Air juga mempu menjadikan kita untuk
lebih sihat.
#5) ELAKKAN MEROKOK
Merokok menjadi salah satu [unca kerosakan serta
kegagalan pelbagai fungsi organ dalam badan. Ia juga menyebabkan sistem
pertahanan tubuh perokok menjadi lemah.
#6) ELAKKAN MAKANAN SEGERA
Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan segera
tidak bagus untuk kesihatan. Makanan segera akan memberi impak negatif terhadap
sistem imuniti bdan kita. Jika kandungan gula terlampau tinggi, ia akan
mengahalang proses fagositosis iaitu proses di mana sel-sel darah putih
bertindak memusnahkan bakteria dan virus.
#7) AMALKAN SUPLEMEN
Bila kita kurang pengambilan sayuran dan buahan, perlu
juga kita tambah dengan suplemen untuk meningkatkan sistem imuniti badan supaya
lebih kuat untuk melawan penyakit dalam sekeliling kita.
Shaklee ada mengeluarkan suplemen yang mana ia membantu
dalam meningkatkan sistem imun badan untuk keluarga kita. Antara suplemen yang
sesuai adalah NUTRIFERON, VITAMIN C PLUS, GARLIC COMPLEX DAN VIVIX.
NUTRIFERON
Dirumus khas untuk mengaktifkan Interferon didalam
tubuh badan supaya dapat meningaktkan lagi sistem imuniti badan ke tahap yang
lebih tinggi secara semulajadi.
VITAMIN C PLUS
Membantu sel darah putih menentang virus, menghalang
alahan dan membantu penyerapan zar besi ke dalam darah dengan lebih baik.
GARLIC COMPLEX
Mampu meningkatkan sistem ketahanan badan kerana
sifatnya yang anti-bakteria dan antibiotik semulajadi.
VIVIX
Membantu tubuh badan melawan penyakit.
Bioflavonoid yag ada dalam ramuan membantu sistem imun
tubuh dengan meningkatkan paras antioksida dan mengalang virus yang merosakkan
dinding sel.
Sangat penting untuk kita memastikan sistem imun badan
kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Selain daripada mencegah sebarang
penyakit, sistem imun yang baik juga akan memastikan tubuh kita cepat sihat
sekiranya mengalami sebarang penyakit dan mencegah daripada penyakit kronik.
============================================
PERTANYAAN ATAU PESANAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda berserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.
Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online dengan menggunakan esell dibawah ini menggunakan kad debit atau kad kredit. Anda juga akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda berserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.
Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online dengan menggunakan esell dibawah ini menggunakan kad debit atau kad kredit. Anda juga akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.
Vivix best...
ReplyDeletememang best. antara yang tinggi antioksidan
ReplyDeleteSekarang musim jerebu pula..ramai orang yang hadapi sesak nafas. Semoga imun badan kita sentiasa kuat melawan penyakit2 insyaAllah.
ReplyDeletebetu. dengan cuaca yang tak menentu nie sama kena jaga juga. moga diberi peluang untuk sentiasa sihat. In Sya Allah
Delete