Untuk enty kali nie Farah nak kongsikan kelebihan susu
ibu jika dibandingkan dengan susu formula?
Menurut Pakar Perubatan Dr. Harlina Haji Siraj, katanya
“susu ibu ini kalau dibandingkan dengan susu formula,
bezanya macam langit dengan bumi”
Malah, di dalam Al Quran sendiri disebut perlunya ibu
menyusukan anaknya dengan susu ibu, bermakna menyususkan anak dengan susu ibu
adalah perkara yang PENTING !
APA YANG HEBATNYA SUSU IBU NI? Jom kita lihat
perbandingannya.
PERKARA
|
SUSU
IBU
|
SUSU
FORMULA
|
KELEBIHAN
SUSU IBU
|
|
|
MUDAH
DIHADAM
|
Mengandungi
lemak dan DHA yang dihasilkan mengikut keperluan bayi. Lemak susu ibu sangat
mudah dihadamkan.
|
Lemak
di dalam susu formula susah dihadamkan dan tidak mengandungi DHA.
|
TINGGI
IQ DAN USUS SIHAT
|
Mengandungi
sel hidup dan bakteria baik (probiotik) untuk kesihatan usus, meningkatkan sistem
immune bayi dan baik untuk perkembangan otak.
|
Mengandungi
sel yang sudah mati dan sama sekali tidak mengandungi bakteria baik
(probiotik)
|
BAYI
TIDAK ALAMI ALAHAN
|
Mengandungi
protein, yang senang dihadam, sebab itu bayi tiada sebarang alahan.
|
Mengandungi
protein yang susah dicernakan menyebabkan usus bayi terbeban, kerana itu bayi
nampak kerap tidur sahaja seolah lena kekenyangan.
|
PERLINDUNGAN
DARI PENYAKIT
|
Mengandungi
sel darah putih untuk perlindungan dari penyakit dan menguatkan antibodi. Antibodi ibu akan disalurkan ke bayi membuatkan bayi mendapat perlindungan dari
penyakit yang ibunya pernah alami.
|
Tidak
mengandungi sel darah putih dan juga tiada antibodi untuk bayi melawan
penyakit jika terkena.
|
VITAMIN
DAN ZAT GALIAN
|
Mengandungi
vitamin zat galian yang mudah dihadam dan diserap usus bayi.
|
Zat galian
dalam susu formula susah dihadam dan susah diserap kerana ia susu lembu yang
dicampur sumber kimia yang diproses.
|
MEMPUNYAI
PELBAGAI RASA
|
Kaya
dengan enzim yang bantu penghadaman dan hormone yang menyokong perkembangan
bayi. Sebab itu susu ibu mempunyai pelbagai rasa dan berubah-ubah rasa
mengikut pemakanan ibu. Hasilnya, bayi mudah biasakan diri dengan pemakanan
bila berhenti menyusu.
|
Tidak
mengandungi enzim dan hormone. Juga rasanya yang sama sahaja, menyebabkan
tunas rasa bayi kurang dirangsang. Hasilnya, bayi sukar dan kurang selera
makan kerana dibiasakan dengan rasa susu formula tersebut.
|
No comments:
Post a Comment