Ada orang yang lupakan ‘sesuatu’ yang mahal nilainya,
bukanlah dalam bentuk wang ringgit mahupun harta berjuta semata. Namun, hanya dengan
ucapan terima kasih, hati yang rawan boleh hilang kusutnya.
Daripada murung boleh kembali berbunga hati, hanya
dengan mendengar ucapan keramat ini. Jika
anda lokek memberi….apa kata, mulakan dengan senyuman ikhlas.
Mungkin ada perkara yang anda tak pandang serius,
sebaiknya kehilangannya anda baru menyedarinya. Sebelum terlewat, jom berterima
kasih untuk perkara sekecil ini.
#1 CABARAN @ TUGASAN YANG DILUNASKAN
Bekerja apabila perlu mengikut ‘garis mati’ @ deadline
boleh mengundang tekanan. Sebaliknya apabila tugasan itu diselesaikan secara
teratur dan sistematik serta sukses, semestinya anda berbahagia dengan
pengakhiran tugasan itu.
Ucapkan kata kecil yang menggembirakan anda. Percayalah anda
berhak menikmatinya.
#2 KESILAPAN
Ilmu di sebalik kegagalan atau kesilapan besar impaknya
dalam kehidupan. Jika sebelum ini anda tak pernah ambil serius terhadap sesuatu
perkara, apabila berlakunya sesuatu..insiden tersebut benar-benar meninggalkan
ilmu yang besar dalam kehidupan anda. Mudah-mudahan anda mempelajari sesuatu
darinya.
#3 PERKARA KECIL YANG MEMBAHAGIAKAN
Awan kumulonimbus mula berubah gelap. Nampaknya tanda-tanda
hujan akan turun dengan lebat tidak lama lagi. Kain di ampaian banyak masih
tersidai. Kebetulan anda tiada dirumah, alamatnya basahlah semua baju itu
nanti.
Setibanya anda di rumah, kain sudah tiada di ampaian,
kebetulan jiran sebelah telah ‘menyelamatkan’ pakaian anda dari ditimpa hujan. Lega.
Terima kasih di atas keprihatinan jiran yang budiman.
Mungkin perkara ini nampaknya kecil, tapi sifat ihsan
dari jiran itu cukup membahagiakan. Semoga ada perkara yang baik-baik menyusul
kemudian.
#4 PENAMPILAN DIRI
Mungkin anda kurang yakin dengan penampilan diri dan
berasa rendah diri. Ada harinya dengan menyarung pakaian yang sesuai dan juga
warna buasan yang menyenangkan, anda akan kelihatan lebih menarik dari
sebelumnya.
Pujilah diri sendiri, kerana tidak ada sesiapa yang
boleh mengembalikan keyakinan diri anda, melainkan anda. Tapi elakkan
diselubungi perasaan perasan. Besar perbezaannya tu.
#5 ORANG YANG TIDAK SENGAJA LUPA
Terima kasih kepada ‘cleaner’ yang mengosongkan bakul
sampah di kubikal anda, terima kasih kepada ‘pak guard’ yang melemparkan
senyuman kepada anda.
Terima kasih kepada ‘runner’ yang menghantar bungkusan,
terima kasih kepada pemandu yang berhemah dan memberi laluan kepada anda ketika
memandu tadi. Terima kasih kerana membantu anda secara tidak langsung dari ini.
#6 KESUSAHAN DAHULU
Bukan semua orang dilahirkan dalam dulang emas. Mungkin ada
yang melalui kehidupan penuh kepayahan dan perlu mengikut perut untuk
mendapatkan sesuatu. Kepayahan itu satu ilmu yang sukar dibeli di mana-mana.
Walaupun perit, di sbealiknya anda belajar erti
menghargai sesuatu yag anda miliki sebaliknya. Anda akan menjadi manusia yang
empati dan tahu menghargai. Terima kasih pada kepayahan lalu.
#7 TANDA MATA
Mungkin ini kenangan yang terakhir antara anda dan dia. Dia
mungkin seorang sahabat, ahli keluarga ataupun kenalan baru anda. Siapa tahu
dia kemudiannya tak lagi bersama kita, sebaliknya berhijrah ke alam ‘sana’.
Pemberian ini mungkin menjadi satu memori yang
membuatkan anda berterima kasih kepada peninggalannya. Kita mungkin tahu bila
tarikh lahir kita, tetapi sesiapa pun tak tahu bila hujungnya hayat kita.
#8 HARI BARU
Semalam mungkin mencatat memori yang mencalarkan hati
anda. Tutup halaman baru semalam. Mulakan hari baru dengan semangat yang baru. Bersyukurlah
kerana anda masih berpeluang melalui satu lagi hari yang indah dalam hidup
anda.
#9 KESIHATAN BAIK
Dalam pada kita mengeluh betapa penat dan bosannya
kehidupan. Ada yang mengeluh mahukan kebebasan dan kesihatan yang baik. Mungkin
kita lupa ada yang melalui kehidupan hanya terperap di katil hospital ekoran
penyakit kronik yang dihadapi.
Kehidupan terikar dengan rutin rawatan dan ubat-ubatan
yang perlu diambil. Beruntunglah kita dikurniakan kesihatan yang baik dan
hargailah kurniaan yang satu ini.
#10 KELUARGA & KAWAN-KAWAN MEMAHAMI
Ada rang yang mengganggap keluarga dan sahabat bukanlah
subjek penting dalam kehidupan. Ada yang terluka hatinya, sanggup memencil diri
bertahun-tahun dan hilang dari radar kehidupan keluarga dan kawan.
Mungkin dalam isu tertentu, perpisahan itu membawa
kebaikan. Dalam hal lain, ukhuwah dan silaturahim yang terjalin mungkin
terjejas sekiranya kesayangan kita itu tiada lagi di dunia. Hargailah mereka
selagi anda.
#11 PEKERJA DEDIKASI
Sekiranya anda seorang ketua dalam sesebuah organisasi,
siapapun anda tanpa adanya tangan-tangan kecil yang membantu kelancaran tugasan
anda, siapalah anda.
Jadilah ketua yang dihormati, empati, bertolak ansur,
berlelah payah bersama dan tahu limitasi anda terhadap kakitangan bawahan. Elakkan
menekan pekerja bak pemerintah kuku besi.
Beri ruang untuk staf anda berkembang dan bekerja dalam
suasana positif. Jangan bersaing dan menekan-nekan pekerja, sebaliknya jadilah
ketua yang professional bukan emosional.
No comments:
Post a Comment