Quinoa merupakan tumbuhan berusia 7,000 tahun yang
berasal daripada pergunungan Amerika Selatan. Walaupun ada yang mengenali
quinoa sebagai bijian kuno, secara teknikalnya quinoa bukan bijirin, tetapi
adalah bijian dan tidak mengandungi gluten.
Terdapat lebih kurang 120 jenis quinoa. Quinoa boleh
dibahagikan kepada kategori iaitu merah, putih dan hitam.
Quinoa putih adalah jenis yang banyak dijual di pasaran.
Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Quinoa merah apabila dimasak
tidak hilang bentuknya. Sebab itu jugalah jenis ini banyak digunakan sebagai
bahan tambahan dalam salad.
Manakala quinoa hitam rasanya amat berbeza daripada
jenis putih dan merah. Quinoa hitam memerlukan masa yang lama untuk dimasak
jika dibandingkan dengan quinoa putih dan quinoa merah. Banyak khasiat yang
terdapat dalam quinoa baik untuk tubuh.
1 SERAT TINGGI
Kandungan serat tinggi dalam quinoa mampu membantu
memperbaiki kawalan gula dalam darah. Disebabkan quinoa tinggi kandungan serat
dibandingkan dengan bijirin lain, ia mampu membantu mengurangkan risiko
sejumlah masalah kesihatan. Ini termasuk sembelit, penyakit jantung dan buasir.
Pemakanan tinggi serat telah menunjukkan mampu membantu
memperbaiki kawalan gula dalam darah. Ini amat penting bagi individu yang
menghidap diabetes atau pradiabetes.
Selain itu, pemakanan tinggi serat cenderung untuk
mernagsang berat sihat kerana serat membantu membuatkan anda rasa kenyang lebih
lama, sekali gus berpotensi mengurangkan pengambilan makanan secara
keseluruhan.
2 PROTEIN SEPENUHNYA
Quinoa hanya salah satu daripada makanan berasaskan
tumbuhan yang dipertimbangkan sebagai protein sepenuhnya. Ia mengandungi
kesemua Sembilan asid amino utama.
Asid amino ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan
kita mengambilnya dalam bentuk makanan. Ini menjadikan quinoa adalah pilihan
makanan sesuai untuk vegetarian.
3 CUKUP KANDUNGAN BESI
Besi amat perlu untuk proses dalam tubuh manusia. Sebagai
contoh, ia dalah komponen penting untuk haemoglobin, bahan yang membawa oksigen
dalam darah. Mengekalkan sejumlah besi yang cukup amat penting untuk kesihatan.
4 LEBIH BANYAK LYSINE
Lysine
amat penting untuk sintesis protein. Walaupun kecacatan jarang berlaku, tetapi
ia boleh menyebabkan sejumlah masalah perubatan kerana ia digunakan secara
meluas dalam tubuh. Quinoa mengandungi lebih banyak lysine daripada bijian lain.
5 BANYAK ANTIOKSIDA
Quinoa menyediakan sejumlah antioksidan tinggi jika
dibandingkan dengan bijian lain yang digunakan dalam pemakanan bebas gluten.
6 PENUH MANGAN UNTUK SISTEM TUBUH
Secawan quinoa yang telah dimasak mengandungi lebih
kurang satu pertiga nilai keperluan mangan yang diperlukan tubuh. Mangan amat
perlu untuk pembangunan, metabolisme dan system antioksidan. Elemen ini juga
penting untuk fungsi sempurna kebanyakan enzim.
7 MAGNESIUM UNTUK FUNGSI TUBUH LEBIH BAIK
Secawan quinoa yang telah dimasak mengandungi hamper satu
pertiga nilai pengambilan magnesium yang dicadangkan untuk tubuh.
Magnesium amat perlu untuk lebih 300 sel berfungsi
dengan baik. Ia hadir dalam setiap sel tubuh. Tahap magenisum rendah dikaitkan
dengan spasma otot, penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi,
osteoporosis dan migraine.
8 ADA B-2 YANG CUKUP UNTUK KURANGKAN SAKIT KEPADA MIGRAIN
Secawan quinoa mengandungi lebih kurang 10 peratus nilai
pengambilan B-2 yang dicadangkan untuk fungsi sejumlah enzim sempurna. B-2 atau riboflavin dikatakan mampu membantu
mengurangkan sesetengah jenis sakit kepala migraine.
Kekurangan B-2 dikatakan boleh menyebabkan ruam merah
pada kulit berminyak, anemia dan mata yang gatal, merah dan sensitive.
9 QUERCETIN DAN KAEMPFEROL MELINDUNGI DARIPADA PENYAKIT
KRONIK
Tahap quertin dan kaempferol adalah flavonoids adalah
tinggi dalam quinoa. Antioksidan ini mampu melindungi sejumlah prnyakit kronik
termasuk kanser.
10 MENCEGAH BATU DALAM BUAH PINGGANG
Quinoa berfungsi mengahalang batu berbentuk dalam buah
pinggang. Ini kerana quinoa membantu mengurus tahap kalium.
No comments:
Post a Comment