Semestinya rasa lapar itu
datangnya dari perut. Ketika anda memerlukan tenaga, perut akan mengirimkan
ghrelin (hormone lapar) ke hipotolamus (pusat arahan di otak untuk
metabolisme). Hasilnya, anda akan mencari-cari makanan untuk anda kunyah.
Jadi, jangan biarkan
ketagihan makanan menghantui anda. Sesetengah ber[endapat, ketagihan dan ‘kerinduan’
pada makanan masih boleh dikendalikan. Berikut beberapa saranan untuk anda
mengurangkan ketagihan terhadap makanan.
JANGAN BIASAKAN PERUT
KOSONG
Seseorang yang melakukan
diet secara berlebihan akan makan lebih banyak pada akhirnya. Jadi, jangan biarkan
perut anda dalam keadaan kosong untuk mengelakkan makanan yang diambil nanti
tidak berlebihan.
KURANGKAN PENGAMBILAN
MAKANAN/MINUMAN MANIS
Gantikan gula dengan sos,
roti, kraker dan makanan yang tidak
manis atau sedikit mengandungi gula. Jika lidah anda sudah terbiasa dengan
makanan manis, maka kuih atau makanan manis tidak akan menarik perhatian anda
lagi.
HIDANGAN LEBIH KECIL
Sebenarnya, secara
semulajadi badan anda dapat memberikan peringatan kepada anda untuk berhenti
makan. Namun, kadang-kadang anda mengabaikan peringatan itu dan tetap mengadap
makanan itu sehingga habis.
Menurut Mark Gold dari
Universiti of Florida College of Medicine mengatakan untuk menghentikan
kebiasaan buruk ini, mulakan dengan menggunakan piring atau mangkuk yang
berukuran lebih kecil.
Jika keadaan ini dilakukan
berterusan, otak anda akan terbiasa dengan hidangan sedikit sehingga nafsu
makan anda berkurangan.
LAKUKAN AKTIVITI
Senaman daapt mengubah
biokimia badan dalam membantu memperbaiki ketidakseimbangan psikologi yang
mengarah kepada ketagihan makanan. Sebagai bonus, sediakan masa untuk bersenam
dapat mengurangkan masa anda tidak makan secara berlebihan.
ELAKKAN MASALAH
Jika makanan donat adalah
kelemahan anda dan setiap hari anda melalui kedai donat. Maka, carilah jalan
lain untuk anda tidak lalui kedai tersebut. Begitu juga, jika anda penggemar
aiskrim dan ketika iklan aiskrim disiarkan semasa anda menonton televisyen,
alihkan perhatian anda pada buku yang sedang anda baca.
BERHENTI
Menurut Gene-Jack Wang dari
Brookhaven National Laboratory di Amerika mengatakan hormone dopamine boleh
dikendalikan dan seterusnya mengawal diri seseorang daripada ketagihan makanan.
Caranya :
1.
Menjauhkan Diri Dari Stress
Apabila
seseorang itu mengalami stress otak memerlukan zat yang memberikan rasa tenang
dan nyaman dengan cepat. Contohnya, hampir setiap wanita akan mendapatkan coklat
apabila mengalami stress.
2.
Makanan Sedikit
Perkara
terbaik untuk anda lakukan adalah dengan menghindari diri dari godaan dengan
mengatur jumlah makanan. Ingat, makanlah seperlunya dan bukannya semata-mata
untuk memuaskan emosi.
3.
Keperluan Gizi
Salah
satu penyebab ketagihan makanan adalah kerana badan anda kekurangan zat gizi. Contohnya,
anda kekurangan potassium. Jadi, anda akan mecari kerepek kentang atau sebiji
pisang.
4.
Tukar Selera
Menurut
Dr. Marcia Levin Pelchat dari Monell Chemical Senses Center di Philadepphia
mengatakan ikutlah kelas belajar memasak. Jika anda terbiasa dengan masakan
sendiri, maka masakan segera tidak lagi sesuai dengan selera anda.
5.
Kurangkan Makanan Pedas
Tahukah
anda? Rasa pedas yang digabungkan dengan bahan yang mengandungi lemak dan
kalori tinggi boleh memberi ancaman lain.
Menurut
Proffesor John Prescott dari Australia’s National Research Organization
mengatakan makanan pedas dapat merangsang hormone dopamine yang mendorong anda ketagihan makanan.
6.
Jangan Simpan Kafien
Jangan
sesekali menyimpan minuman berkafien. Kafien adalah stimulasi semulajadi yang
mempengaruhi pengeluaran hormone dopamine
yang boleh mendorong kepada kegemukan.
No comments:
Post a Comment