Ketika ini suami perlu berhati-hati, jangan sampai ada
salah. Percuma sahaja dimarahi. Percaya atau tidak, kontraksi dapt dikurangkan
apabila si ibu bijak mengawal emosi.
Jangan terlalu focus pad akesakitan sebaiknya cuba alih
perhatian kepada perkara-perkara yang indah sahaja. Mental dan fizikal harus
kuat kerana melahirkan anak ibarat telur di hujung tanduk. Bertarung nyawa
sendiri demi satu nyawa baru yang bakal dilahirkan ke dunia.
CARA ATASI KETIDAKSELESAAN KONTRAKSI :
Banyakkan
Berjalan
Biasanya kontraksi palsu akan berhenti ketika si ibu
mengubah posisi dengan bangun atau bergerak.
Mendengar
Muzik
Tahukah anda bahawa muzik adalah terapi yang paling
berkesan. Di samping mengurangkan tekanan, alunan muzik yang perlahan dan mendamaikan
dikatakan berupaya ‘merehatkan’ seketika ingatan terhadap sakit yang dideritai.
Serangan kontraksi membuatkan para ibu beras tidak selesa
kerana tekanan di bahagian pinggul, ngilu di bawah punggung dan bawah perut.
Namun begitu, sesetengah wanita turut merasa sakit di
celahan paha. Sakit yang dirasai muncul secara berkala malah kekerapannya makin
kuat apabila tiba waktu melahirkan.
SAKIT BERSALIN merupakan anugerah buat
wanita. Ia merupakan satu penghormatan yang diberi oleh Allah SWT kepada insan
yang paling istimewa. Telah dicatatkan pahala bagi wanita yang melahirkan anak
umpama kain putih yang langsung tiada celanya.
Justeru, jangan sekali-sekali berputus asa dengan ujian
ini. Ingat, ada hikmah yang menanti.
TIP YANG MUNGKIN
MEMBANTU BAKAL-BAKAL IBU BAGI MENGURANGKAN SAKIT KONTRAKSI :
1. Kerap
Baca Al Quran
Sebagai orang Islam, kita digalakkan
membaca ayat suci al Quran di samping memperbanyakkan selawat ke atas junjungan
nabi S.A.W. boleh juga diamalkan doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut
ikan Nun yang bermaksud :
“ Tidak ada Tuhan yang sebenarnya
disembah melainkan engkau Ya Allah Maha Suci Engkau. Sesungguhnya Aku adalah
dari orang yang membuat zalim”.
2. Rehatkan
Diri
Ambil masa untuk bertenang dan
merehatkan diri. Jangan panik atau mengeluh dengan sakit yang menyerang. Cuba sandarkan
badan di kusyen atau bantal yang sedikit tebal bagi memberi lebih keselesaan.
3. Bernafas
Dengan Betul
Ketika kontraksi menyerang, cuba tarik nafas
dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Ulang langkah yang sama hingga reda
sedikit sakitnya. Cara penafasan sebegini secara tidak langsung membantu
diwaktu proses melahirkan kelak.
4. Urutan
Suami yang menemani jangan hanya duduk
memerhati. Ambillah peluang ini dengan mengurut belakang badan isteri secara
perlahan. Tetapi awas! Jangan urut di bahagian pinggang kerana ia hanya akan
menambah kesakitan.
5. Mengiringkan
Badan Ke Kiri
Tahukah anda bahawa sakit kontraksi
boleh dikurangkan dengan mengiringkan badan ke sebelah kiri. Cara ini selamat
dipraktikkan kerana ia tidak menggangu pengaliran darah ke jantung.
6. Teknik
Lamaze
Lamaze merupakan teknik bernafas yang
dipercayai berupaya melegakan rasa tegang di bahagian otot pelvis. Kaedah ini
merangkumi cara berehat juga senaman tarik nafas yang boleh dipelajari ketika
berada di dalam kelas antenatal.
BERIKUT TANDA-TANDA KONTRAKSI YANG HARUS DIBERI
PERHATIAN. ANTARANYA :
i.
Sakit setiap sepuluh minit atau lebih dari
lima kontraksi setiap jam.
ii.
Kontraksi dirasai di bahagian punggung atau
perut berhampiran kawasan vagina.
iii.
Pendarahan di vagina (laluan bersalin).
iv.
Keluar cecair yang banyak di vagina (laluan
bersalin).
Walau bagaimanapun, rata-rata bakal ibu-ibu masih tertipu
dengan sakit gesaan bersalin ini. Teliti checklist di bawah dan jadikan ia
sebagai rujukan bagi membezakan antara konstraksi palsu dengan kontraksi yang
sebenarnya.
No comments:
Post a Comment