Habis sahaja waktu kerja, sudah pasti ramai yang bertukar
mood daripada bekerja kepada mood waktu berehat. Tetapi sedarkah anda, walaupun
waktu kerja sudah habis tetapi anda masih memeriksa e-mel mahu pun Whatshapp
dalam telefon?
Sebenarnya anda berada dalam situasi overworked atau terlebih kerja jika dalam waktu rehat dan cuti mata
masih melihat telefon setiap masa. Anda tidak perlu berada dalam situasi
begini.
Anda masih boleh menjadi freelancer atau masih boleh
memuaskan hati majikan jika anda boleh mencari keseimbangan dalam waktu kerja
dan waktu rehat. Bagi membantu anda relaks, boleh cuba tip seperti dibawah.
CARI HOBI
Tidak kiralah anda suka melukis, mengukir, menjahit,
mengait, berkebun atau apa sahaja perkara yang boleh menggembirakan anda,
lakukan hobi itu dengan sepenuh hati. Jika anda tidak mahir melakukan hobi yang
disukai, anda boleh belajar.
Tidak ada orang yang menghalang anda melakukan perkara
yang disukai. Paling penting anda cari hobi kreatif untuk relaks.
BUAT SENAMAN
Selepas hari yang produktif di pejabat, apa kata anda
ambil masa untuk bersenam. Ia boleh memberikan pemisahan antara waktu kerja dan
waktu untuk diri sendiri. Ia juga boleh membuang sebarang stress sekali gus
membolehkan anda rasa tenang apabila kembali ke rumah.
PERLU TAHU HAD
Tidak kira berapa banyak kerja yang anda buat, tidak akan
dapat cukup sehari untuk menyiapkan semuanya. Sudah pasti aka nada perkra lain
yang perlu anda selesaikan. Terimalah hakikat anda perlu tinggalkan sedikit
kerja dan baliklah ke rumah untuk berehat.
Dunia tidak akan berakhir jika kerja anda tidak siap. Anda
bukannnya super hero. Paling penting
buat yang terbaik setiap hari.
BELI BUKU MEWARNA
Mewarna bukan hanya untuk kanak-kanak. Ia juga sesuai
untuk orang dewasa. Mewarna boleh dikatakan mampu dijadikan sebagai cara untuk
bertenang dan aktiviti kreatid untuk orang dewasa. Belilah pensel warna dan
carilah buku mewarna yang sesuai untuk orang dewasa.
EDIT ATAU SIMPAN
SEMENTARA TELEFON PINTAR
Adakah anda perlu melihat telefon setiap masa? Anda boleh
simpan seketika telefon atau letak di bilik lain ketika berada di rumah. Jika telefon
bordering anda boleh jawab. Tetapi jika ia berkaitan kerja, jangan jawab kerana
majikan tidak berhak menggangu anda pada hari cuti.
BUAT SENARAI YANG PERLU DIBUAT UNTUK HARI ESOK (TO DO
LIST)
Sebelum meninggalkan meja kerja, tulislah setiap perkara
yang perlu dibuat untuk hari esok. Tindakan menulis ini akan membuatkan otak
anda lebih jelas dan memastikan diri berada dalam kawalan.
HIRUP UDARA SEGAR
Sesekali anda boleh keluar ke taman rekreasi untuk
menghirup udara segar. Cara ini akan membuatkan anda rasa relaks dan
menenangkan minda. Cuma pastikan anda jangan bersembang mengenai kerja.
MASAK HIDANGAN SIHAR DAN MENYEGARKAN
Tahukah anda memasak adalah satu cara untuk mengurangkan stress. Apabila anda tidak tahu aoa yang
hendak dibuat pada waktu cuti, apa kata mula memasak untuk diri sendiri dan
keluarga. Kalau tidak tahu memasak, boleh cari resipi di dalam buku resepi
mahupun guna sahaja google untuk cari
resepi berkenan.
BACA BUKU YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN BISNES
Cuba cari masa untuk baca buku atau novel yang tidak ada
kaitan dengan bisnes. Pilih novel fiksyen kerana sesekali berada dalam dunia
fantasi boleh memberi ketenangan.
TETAPKAN RUTIN WAKTU TIDUR
Bagi mengakhiri hari anda, cuba ikut rutin waktu tidur
yang boleh membantu anda tidur dalam keadaan tenang dan memberi kerehatan yang
diperlukan. Cuba elak membaca ebook dalam tablet atau menggunakan telefon di
dalam bilik tidur.
No comments:
Post a Comment