20 August 2019

15 SIMPTOM KANSER YANG TIDAK BOLEH DIENDAHKAN WANITA!


Tubuh wanita sentiasa berubah dari anak dara, berkahwin dan berusia. Ia juga ada dikaitkan dengan peredaran masa dan keadaan sekeliling. Jika dahulu wanita dipenuhi dengan aktiviti bercucuk tanam, membasuh baju di tepi sungai, menyapu halaman, memasak dan sebagainya.

Dengan peredaran masa sekarang, kebanyakan semua aktiviti itu semakin berkurang, dengan adanya makanan segera, mesin yang lebih memudahkan, semakin kurang aktiviti yang dilakukan. Kadang kala kita kurang cakna dengan keadaan kesihatan. Jangan dikata, kadangkala perubahan normal boleh menjadi tanda-tanda kanser.

Anda perlu beri perhatian pada tubuh agar dapat mengesan sebarang perbezaan yang berlaku. Tahukah anda perkara yang perlu anda lihat pada tubuh anda sendiri? Cuba kita cek.

PERUBAHAN PAYUDARA

Kebanyakan benjolan payudara bukan kanser tetapi anda perlu sentiasa melakukan pemeriksaan doktor. Jika ada sebarang perubahan berikut, beritahulah pada doktor anda.

  • Kulit berkerut

  • Puting payudara yang masuk ke dalam

  • Keluarnya cairan daripada payudara

  • Kulit pada payudara atau puting payudara kemerahan

Bagi mengesan penyebab simptom-simptom ini, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan menanyakan sejarah perubatan anda. Anda juga perlu melakukan ujian seperti memogram atau biopsy. Doktor juga akan mengeluarkan sedikit tisu untuk ujian ini.

PENDARAHAN ANTARA HAID

Jika anda masih mengalami haid, segeralah memberitahu doktor anda jika terdapat pendarahan antara haid. Pendarahan yang bukan sebahagian daripada kitaran bulanan boleh memiliki banyak penyebab.

Pendarahan selepas menopous bukan perkara normal, dan seharusnya anda perlu melakukan pemeriksaan.

PERUBAHAN PADA KULIT

Perubahan dalam saiz, bentuk atau warna pada tahi lalat atau tompok lain atau pembentukan tompok baru adalah tanda-tanda biasa kanser kulit. Segeralah bertemu doktor bagi melakukan pemeriksaan selanjutnya.

MENGEMBUNG ATAU RASA BADAN MENGEMBANG

Wanita secara semulajadi akan mengembung atau mengembang. Cuba untuk menunggu seminggu atau dua minggu bagi melihat proses pengembungan itu hilang.

Jika simptom-simptom itu tidak hilang, atau jika ia berlaku seiring dengan berat badan menurun atau pendarahan, segeralah bertemu dengan doktor. Pengembungan berterusan boleh menjadi tanda kanser, termasuklah pada payudara, usus besar, gastrousus, ovari, pankreas atau rahim.

Bergantung pada simptom-simptom, anda perlu menjadi ujian termasuklah pemeriksaan pelvik ujian darah, mammogram, kolonoskopi, ct scan, atau ultrasound bagi mencari penyebab masalah ini.

PERUBAHAN DALAM NODUS LIMFA

Nodus limfa adalah kelenjar berbentuk kacang di sekeliling tubuh. Kebanyakan perubahan yang berlaku pada kelenjar ini hadir dalam bentuk jangkitan biasa. Tetapi bagi sesetengah kanser, termasuklah leukemia dan limfoma, ia boleh menyebabkan nodus limfa untuk membengkak.

SUKAR UNTUK MENELAN

Anda tidak perlu risau jika sesekali mengalami masalah sukar menelan. Tetapi jika ia berlaku denga kerap, terutamanya jika disertai dengan muntah-muntah atau kehilangan berat badan. Doctor akan memeriksa untuk memastikan ada menghidap kanser tekak atau kanser perut.

Doktor akan melihat simptom-simptom itu menggunakan endoskopi, CT scan pada leher, dada dan perut atau barium X-ray. Semasa ujian barium, anda perlu minum cecair khas yang menjadikan tekak dan perut kelihatan jelas pada x-ray.

DARAH DALAM NAJIS ATAU AIR KENCING

Jika anda mengalami pendarahan pada bahagian tubuh yang sepatutnya tidak berdarah, terutamanya jika pendarahan itu berlanjutan lebih daripada sehari atau dua, segeralah bertemu dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan.

HILANG BERAT BADAN TANPA PERLU MENCUBA

Kebanyakan wanita berharap berat badan akan turun dengan sendirinya. Tetapi jika penurunan 10 paun atau lebih tanpa sebarang perubahan dalam pemakanan atau senaman boleh menjadi satu tanda amaran masalah kesihatan berlaku.

Kebanyakan penurunan berat badan tidak disangka bukanlah kanser. Penurunan berat badan tanpa disangka ini kerap disebabkan oleh tekanan atau tiroid. Tetapi ia boleh jadi tanda kanser pankreas. Jenis kanser lain seperti usus besar, perut dan paru-paru juga berlaku.

Doktor akan melakukan pelbagai ujian bagi mengesan masalah yang berlaku. Ini termasuklah ujian darah dan ujian imbasan seperti PET atau CT scan.

PEDIH HATI

Terlalu banyak makanan, alkohol atau tekanan (atau ketiga-tiganya sekali) boleh menyebabkan pedih hati serius. Anda perlu mengubah pemakanan selama seminggu atau dua minggu bagi memastikan simptom-simptom itu hilang.

Jika tidak sembuh, segera bertemu doktor. Pedih hati yang tidak akan hilang dengan sendiri atau menjadi teruk berkemungkinan anda mengalami kanser pada perut, tekak atau ovari.

Pedih hati yang berlanjutan boleh merosakkan lapisan dalam esofagus dan membawa kepada masalah kesihatan yang dikenali sebagai Esofagus Barret. Masalah kesihatan ini boleh menaikkan risiko pembentukan kanser tekak.

DEMAM

Demam yang tidak hilang dengan sendirinya dan tidak boleh diterangkan bermakna leukemia atau kanser darah.

BATUK

Kebanyakan batuk akan hilang  dengan sendirinya dalam masa tiga hingga empat minggu. Jika batuk itu berlanjutan lebih lama daripada tempoh masa tersebut, segeralah bertemu doktor. Jika batuk itu keluar darah, segeralah bertemu doktor. Batuk adalah simptom biasa kanser paru-paru.

PERUBAHAN MULUT

Jika anda merokok, cuba lihat pada tompokan kuning, kelabu, putih atau merah dalam mulut atau bibir. Anda boleh mendapat luka seperti ulser yang berlubang. Sebarang tanda ini boleh menjadi amaran kanser mulut.

SAKIT

Kanser bukannya penyebab kebanyakan rasa sakit. Tetapi sakit berlanjutan boleh jadi kanser tulang, otak atau kanser-kanser lain, terutamanya jika ia boleh merebak.

KELESUAN

Kebanyakan wanita cepat berasa lesu kerana sibuk menjalani kehidupan seharian. Tetapi kelesuan melampau yang tidak hilang dengan sendiri biasanya tidak normal. Bertemulah dengan doktor jika kelesuan tidak hilang dan jika anda mengalami simptom-simptom seperti darah dalam najis.

SAKIT PERUT DAN KEMURUNGAN

Ia jarang tetapi sakit perut yang disertai dengan kemurungan boleh menjadi tanda kanser pankreas. Anda tidak perlu risau mendapat kanser pankreas kecuali jika kanser pankreas ini berlaku dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment