Hujung tahun adalah waktu untuk percutian bersama
keluarga. Destinasi yang dipilih tentulah berdasarkan bajet yang ada. Oleh yang
demikian, suatu percutian perlu dirancang kerana melibatkan kewangan,
pengangkutan dan lokasi sama ada resort, hotel atau hanya balik kampung.
Turut diambil kira ialah berjalanan yang diambil sama ada
jauh atau dekat kerana yang akan menyertainya bukan sahaja orang dewasa tetapi
kanak-kanak yang diketahui umum akan mudah merasa penat dan lapar dalam
perjalanan.
Sama ada menaiki kapal terbang, kereta api atau kereta
pastinya perjalanan perlu selesa untuk anda dan keluarga.
Ketika bercuti, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Bagi
mengelakkan mereka ‘meragam’, eloklah anda bawa bekal. Buah-buahan, biskut,
kerepek dan roti adalah antara makanan paling mudah untuk dibawa.
Sehubungan itu, sebelum memulakan perjalanan jauh, ibu
bapa perlu memastikan anak-anak tidak berada dalam keadaan lapar kerana ini
akan menyebabkan mereka cepat meragam dan boleh menjejaskan perjalanan untuk ke
destinasi percutian.
Berikut adalah panduan mudah untuk anda ketika dalam
perjalanan :
1. Bagi
si kecil yang berusia satu hingga dua tahun, bawalah bekalan snek yang cukup
selain susu formula dan bijirin kerana mereka memerlukan makanan lebih kerap. Antara
makanan yang sesuai untuk mereka ialah sandwich, biskut, kek, muffin dan
buah-buahan seperti pisang, oren, jambu dan kismis yang kaya dengan vitamin dan
serat.
2. Sementara
itu, bagi yang mempunyai anak yang lebih besar, bekalan pelbagai jenis makanan
akan membuatkan perut mereka sentiasa terisi sepanjang perjalanan dan tidak
akan terasa jauhnya tempat dituju. Letakkan di tempat yang mudah diambil supaya
anda dan anak-anak boleh mencapainya ketika lapar.
3. Jika
anda membawa snek buatan sendiri, pastikan ia diletakkan di dalam bungkusan
atau bekas yang boleh ditutup semula.
4. Sediakan
makanan kegemaran anak-anak anda dan bawa bersama buah-buahan serta
sayur-sayuran sebagai kudapan.
5. Bawa
sekali bekalan air minuman yang mencukupi. Elakkan minuman manis atau minuman
berkarbonat ketika berhenti di kawasan rehat. Sebaliknya pilihlah minuman
berkhasiat yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Air kosong
adalah pilihan yang terbaik.
6. Selain
makanan berkhasiat, jangan lupa untuk membawa bekalan ubatan supaya anak anda
boleh dirawat dengan kadar segera jika mereka jatuh sakit.
7. Makanan
kegemaran membuat anak-anak anda berasa selesa sepanjang perjalanan, manakala
makanan berkhasiat pula baik untuk semua.
Info * Bagi yang akan menaiki kapal terbang jika risau
anak akan sakit telinga dalam penebangan terutama semasa berlepas dan mendarat,
berikan mereka minuman atau snek. Untuk bayi pula berikan mereka susu kerana
dengan menelan, tekanan ketika berlepas dan mendarat akan berkurangan.
No comments:
Post a Comment