Kalau sudah namanya wanita, setiap inci tubuh dijaga dengan penuh
perhatian. Pasti ramai di luar sana mahukan pinggang ramping seperti kerengga. Jom
kita cuba petua ini, semoga impian anda memiliki tubuh indah menjadi kenyataan.
PILIH MAKANAN YANG SIHAT
Jangan biar perut ditimbuni lemak. Untuk merampingkan pinggang, anda
mesti lupakan makanan berlemak dan mempunyai kolestrol yang tinggi. Tinggalkan juga
makanan segera. Ubah pola pemakanan, amalkan gaya hidup sihat. Pilih makanan
berkhasiat seperti bijirin, sayur dan buah.
BAKAR LEMAK
Untuk mendapatkan pinggang ramping, kita mesti membakar timbunan
lemak pada bahagian ini. Pembakaran lemak yang baik adalah 1kg seminggu. Lakukan
pembakaran lemak secara pertahap dan perlahan-lahan.
Terdapat dua cara untuk membakar lemak iaitu senaman dan kurangkan
pengambilan kalori. Untuk mengurangkan berat 1 kg, anda perlu membakar 1000
kalori.
VAKUM PERUT
Latihan vakum perut akan menguatkan otot di bahagian ini dan
menjadikan pinggang lebih ramping. Ia juga cara terbaik untuk mendapatkan perut
yang rata. Dalam serti kata lain penyelesaian kepada masalah perut buncit.
Waktu terbaik melakukan senaman vaum perut ini ketika perut kosong. Untuk
permulaan, lakukan tiga set selama 10 saat, tiga kali sehari.
JANGAN MAKAN LEWAT MALAM
Punca pinggang melebar dan perut buncit adalah makan yang
berlebihan. Elakkan makan pada waktu tengah malam kerana tubuh tidak perlukan
tenaga yang banyak ketika ini. Selepas makan, kebanyakan wanita tidur. Amalan tidak
sihat ini membuatkan berat badan bertambah.
HINDARI MAKANAN INI
Salah pilih makanan akan menyebabkan saiz pinggang bertambah. Elakkan
makanan avocado, acar, keju dan kekacang kerana makanan ini menyebabkan
terhasilnya gas ketika dicerna tubuh. Gas berlebih dalam system pencernaan akan
membuatkan perut terlihat buncit.
Titanium Arts - Las Vegas - Titanium Arts
ReplyDeleteTitanium titanium white octane blueprint Arts is an how strong is titanium award-winning online titanium hair trimmer as seen on tv gaming & craft content titanium guitar chords company providing cutting-edge 오래된 토토 사이트 casino and table games.