Tubuh wanita sentiasa
berubah dari anak dara, berkahwin dan berusia. Ia juga ada dikaitkan dengan
peredaran masa dan keadaan sekeliling. Jika dahulu wanita dipenuhi dengan
aktiviti bercucuk tanam, membasuh baju di tepi sungai, menyapu halaman, memasak
dan sebagainya.
Dengan peredaran masa
sekarang, kebanyakan semua aktiviti itu semakin berkurang, dengan adanya
makanan segera, mesin yang lebih memudahkan, semakin kurang aktiviti yang
dilakukan. Kadang kala kita kurang cakna dengan keadaan kesihatan. Jangan dikata,
kadangkala perubahan normal boleh menjadi tanda-tanda kanser.
Anda perlu beri perhatian
pada tubuh agar dapat mengesan sebarang perbezaan yang berlaku. Tahukah anda
perkara yang perlu anda lihat pada tubuh anda sendiri? Cuba kita cek.
PERUBAHAN
PAYUDARA
Kebanyakan benjolan
payudara bukan kanser tetapi anda perlu sentiasa melakukan pemeriksaan doktor. Jika
ada sebarang perubahan berikut, beritahulah pada doktor anda.
Bagi mengesan penyebab simptom-simptom
ini, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan menanyakan sejarah perubatan
anda. Anda juga perlu melakukan ujian seperti memogram atau biopsy. Doktor juga
akan mengeluarkan sedikit tisu untuk ujian ini.
PENDARAHAN
ANTARA HAID
Jika anda masih mengalami
haid, segeralah memberitahu doktor anda jika terdapat pendarahan antara haid. Pendarahan
yang bukan sebahagian daripada kitaran bulanan boleh memiliki banyak penyebab.
Pendarahan selepas menopous
bukan perkara normal, dan seharusnya anda perlu melakukan pemeriksaan.
PERUBAHAN
PADA KULIT
Perubahan dalam saiz,
bentuk atau warna pada tahi lalat atau tompok lain atau pembentukan tompok baru
adalah tanda-tanda biasa kanser kulit. Segeralah bertemu doktor bagi melakukan
pemeriksaan selanjutnya.
MENGEMBUNG
ATAU RASA BADAN MENGEMBANG
Wanita secara semulajadi
akan mengembung atau mengembang. Cuba untuk menunggu seminggu atau dua minggu
bagi melihat proses pengembungan itu hilang.
Jika simptom-simptom itu
tidak hilang, atau jika ia berlaku seiring dengan berat badan menurun atau
pendarahan, segeralah bertemu dengan doktor. Pengembungan berterusan boleh
menjadi tanda kanser, termasuklah pada payudara, usus besar, gastrousus, ovari,
pankreas atau rahim.
Bergantung pada simptom-simptom,
anda perlu menjadi ujian termasuklah pemeriksaan pelvik ujian darah, mammogram,
kolonoskopi, ct scan, atau ultrasound
bagi mencari penyebab masalah ini.
PERUBAHAN
DALAM NODUS LIMFA
Nodus limfa adalah kelenjar
berbentuk kacang di sekeliling tubuh. Kebanyakan perubahan yang berlaku pada
kelenjar ini hadir dalam bentuk jangkitan biasa. Tetapi bagi sesetengah kanser,
termasuklah leukemia dan limfoma, ia boleh menyebabkan nodus limfa untuk
membengkak.
SUKAR
UNTUK MENELAN
Anda tidak perlu risau jika
sesekali mengalami masalah sukar menelan. Tetapi jika ia berlaku denga kerap,
terutamanya jika disertai dengan muntah-muntah atau kehilangan berat badan. Doctor
akan memeriksa untuk memastikan ada menghidap kanser tekak atau kanser perut.
Doktor akan melihat simptom-simptom
itu menggunakan endoskopi, CT scan pada leher, dada dan perut atau barium
X-ray. Semasa ujian barium, anda perlu minum cecair khas yang menjadikan tekak
dan perut kelihatan jelas pada x-ray.
DARAH
DALAM NAJIS ATAU AIR KENCING
Jika anda mengalami
pendarahan pada bahagian tubuh yang sepatutnya tidak berdarah, terutamanya jika
pendarahan itu berlanjutan lebih daripada sehari atau dua, segeralah bertemu
dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan.
HILANG
BERAT BADAN TANPA PERLU MENCUBA
Kebanyakan wanita berharap
berat badan akan turun dengan sendirinya. Tetapi jika penurunan 10 paun atau
lebih tanpa sebarang perubahan dalam pemakanan atau senaman boleh menjadi satu
tanda amaran masalah kesihatan berlaku.
Kebanyakan penurunan berat
badan tidak disangka bukanlah kanser. Penurunan berat badan tanpa disangka ini
kerap disebabkan oleh tekanan atau tiroid. Tetapi ia boleh jadi tanda kanser pankreas.
Jenis kanser lain seperti usus besar, perut dan paru-paru juga berlaku.
Doktor akan melakukan
pelbagai ujian bagi mengesan masalah yang berlaku. Ini termasuklah ujian darah
dan ujian imbasan seperti PET atau CT scan.
PEDIH
HATI
Terlalu banyak makanan, alkohol
atau tekanan (atau ketiga-tiganya sekali) boleh menyebabkan pedih hati serius. Anda
perlu mengubah pemakanan selama seminggu atau dua minggu bagi memastikan simptom-simptom
itu hilang.
Jika tidak sembuh, segera
bertemu doktor. Pedih hati yang tidak akan hilang dengan sendiri atau menjadi
teruk berkemungkinan anda mengalami kanser pada perut, tekak atau ovari.
Pedih hati yang berlanjutan
boleh merosakkan lapisan dalam esofagus
dan membawa kepada masalah kesihatan yang dikenali sebagai Esofagus Barret. Masalah kesihatan ini boleh menaikkan risiko
pembentukan kanser tekak.
DEMAM
Demam yang tidak hilang
dengan sendirinya dan tidak boleh diterangkan bermakna leukemia atau kanser
darah.
BATUK
Kebanyakan batuk akan
hilang dengan sendirinya dalam masa tiga
hingga empat minggu. Jika batuk itu berlanjutan lebih lama daripada tempoh masa
tersebut, segeralah bertemu doktor. Jika batuk itu keluar darah, segeralah
bertemu doktor. Batuk adalah simptom biasa kanser paru-paru.
PERUBAHAN
MULUT
Jika anda merokok, cuba
lihat pada tompokan kuning, kelabu, putih atau merah dalam mulut atau bibir. Anda
boleh mendapat luka seperti ulser yang berlubang. Sebarang tanda ini boleh
menjadi amaran kanser mulut.
SAKIT
Kanser bukannya penyebab
kebanyakan rasa sakit. Tetapi sakit berlanjutan boleh jadi kanser tulang, otak
atau kanser-kanser lain, terutamanya jika ia boleh merebak.
KELESUAN
Kebanyakan wanita cepat berasa
lesu kerana sibuk menjalani kehidupan seharian. Tetapi kelesuan melampau yang
tidak hilang dengan sendiri biasanya tidak normal. Bertemulah dengan doktor jika
kelesuan tidak hilang dan jika anda mengalami simptom-simptom seperti darah
dalam najis.
SAKIT
PERUT DAN KEMURUNGAN
Ia jarang tetapi sakit
perut yang disertai dengan kemurungan boleh menjadi tanda kanser pankreas. Anda
tidak perlu risau mendapat kanser pankreas kecuali jika kanser pankreas ini
berlaku dalam keluarga.