Korang Tau Tak ?
Ia juga boleh membantu mengurangkan
berat badan yang berlebihan apabila disetai dengan senaman yang
berkala dan pemakanan yang seimbang
Meh dapatkan tubuh menawan dengan lemak
sihat ini!
Antara manfaat lemak sihat untuk tubuh
badan anda adalah :
MENGAWAL ATUR TAHAP LEMAK BADAN YANG
SIHAT
Simpanan lemak yang berlebihan dalam
badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada
peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat
membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia :
- meningkatkan kadar metabolik – kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.
- Meningkatkan kadar pembakaran lemak
- meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
- mengawl paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
MENYEIMBANGKAN RASA KENYANG
Dua hormon utama iaitu ghrelin dan
leptin adalah berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang.
Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega 3 didapati
bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan :
- meningkatkan rasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.
MENINGKATKAN PARAS INSULIN YANG SIHAT
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam
makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah
penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega 3 dapat
membantu dengan :
- meningkatkan kepekaan insulin badan, semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.
MENGURANGKAN TEKANAN
Tekanan boleh menyumbang kepada
peningkatan berat badan. Omega 3 membantu mengawal atur tahap
kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda
menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.
Lemak sihat ini yang akan membantu anda
untuk tingkatkan tahap kesihatan sendi dan juga otot anda serta
membantu mengawal tahap kolestrol yang baik.
No comments:
Post a Comment