25 September 2018

RAHSIA BENDI ADALAH BUANG TOKSIN DAN KOLESTROL


Bendi atau nama botaninya Abelmoschus esculentus adalah sejenis buah berlendir yang boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara. Dikenali dengan nama Lady Fingers atau Okra (Inggeris), bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Pokok bendi adalah pokok separa keras. Batangnya bulat, berwarna hijau gelap serta tegap, tidak mempunyai banyak percabangan. Seluruh bahagian berbulu halus. Daunnya jenis tungga, susunan berpilin, bersaiz besar, mempunyai tiga, lima atau tujuh cuping.

Tangkai daun sederhan panjang . bunga pokok bendi jenis tunggal, saiz sederhana besar serta mempunyai kelopak besar berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul, berbentuk silinder yang meruncing di hujungnya.

Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila telah tua. Buahnya mengandungi banyak biji sederhan kecil berbentuk bulat dan berwarna putih semasa muda. Bijinya ini akan bertukar kepada warna kelabu keperangan apabila telah tua. Buah bendi terbentuk di celah batang pokok. Apabila dipetik, buahnya mengeluarkan lendir.

Buah bendi rendah kalori dan padat denan zat. Ia tinggi kandungan serat, vitamin A, S dan folat. Ia juga turut memilki sumber vitamin B, vitamin K, kalsium, kalum, besi, zink, magnesium dan mangan yang baik. Bendi juga adalah antara sayuran yang mengandungi fitonutrien dan antioksidan seperti beta karotena, xanthin dan lutein.

NAK TAHU TAK APA RAHSIA DISEBALIK SEBIJI BENDI YANG TERSEMBUNYI?

1. Melindungi Isi Perut

Lendir yang terdapat pada buah bendi mengandungi polisakarida. Ia dikatakan mampu membantu memperbaiki pencernaan dan dikatakan boleh digunakan dalam rawatan penyakit gastritis, ulser gastritis dan pembersihan hepar atau pundi hempedu.

Lendir bendi juga dikatakan mampu membantu melicinkan dan melegakan isi perut, melindunginya daripada keradangan kronik yang boleh membawa kepada sindrom usus rengsa.

2. Baik Untuk Wanita Kerana Banyak Asid Folik Dan Folat

Bendi yang kaya dengan kandungan folat juga dikatakan mampu mengurangkan berlakunya kecacatan tiub saraf dalam bayi. Folat ini juga mampu membina kekuatan dan kepadatan tulang sekaligus mencegah osteoporosis.

Kandungan asod folik dan B6 yang terkandung dalam bendi juga dikatakan mampu mengurangkan kemurungan dan gejala-gejala pra haid. Ini bermakna bendi amat bagus untuk wanita.

3. Mengurangkan Masalah Kulit

Memakan bendi dikatakan mampu melindungi diri daripada mendapat ulser perut. Bakteria heliobacter pylori dikenali sebagai penyebab ulser perut. Bendi mengandungi sebatian glycosylated dikatakan mampu menghalang bakteria tersebut untuk menyerang pelapik perut.

Apabila pergerakan usus menjadi baik, kesihatan kulit akan diperbaiki. Ia sekaligus mampu membantu mengurangkan akne, proriasis dan masalah-masalah kulit lain.

4. Membuang Toksin

Bendi juga dikatakan mampu membantu membuang toksin dan kolestrol berlebihan dalam tubuh. Semasa proses pencernaan, hempedu yang sebagaian besarnya adalah kolestrol merendam asid dan toksin daripada tubuh.

Serat lendir berasaskan pektin mudah dilarut dalam bendi mengikut hempedu bertoksik dan membenarkan ia dihapuskan dengan cepat.

5. Menghapuskan Kolestrol Berlebihan

Jika bahan bertoksik berada dalam usus terlalu lama, ia akan boleh diserap semula dan akan menyebabkan keradangan yang membawa kepada penyakit usus. Proses sama menghapuskan kolestrol berlebihan daripada tubuh ini sekaligus merendahkan tahap serum kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Menguatkan Sistem Imun

Dikatakan juga kandungan tinggi antioksidan dalam bendi mampu melindungi sistem imun menentang radikal bebas berbahaya dan mencegah mutasi sel-sel. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam bendi menjadikan ia amat berguna untuk mengurangkan serangan asma.

Bendi juga dikatakan makanan perangsang imun yang mampu mengurangkan batuk dan demam selesema.

7. Mencegah Diabetes

Selain itu, bendi juga dikatakan turut mengandungi bahan seperti insulin yang mampu membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Serat yang terdapat di dalam bendi mampu mencegah penyakit diabetes.

Makanan yang tinggi serat aalah penting dalam pilihan pemakanan untuk diabetes. Pengambilan serat pemakanan dikatakan mampu merangsang kawalan glisemik lebih baik dan memperbaiki kepekaan terhadap insulin.

No comments:

Post a Comment