Wanita hamil sememangnya memerlukan perhatian
yang lebih daripada seorang suami. Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami
beberapa fasa perubahan dalam setiap kehamilan.
Tidak dinafikan, wanita hamil akan merasa
kurang selesa dengan perubahan hormon yang berlaku. Ada yang mengalami alahan
dari permulaan kehamilan sehingga 2 trimester dan ade juga sehingga 3
trimester.
Perubahan hormon ini juga akan mengganggu
EMOSi ibu hamil. Ada yang cepat terasa hati, ada yang mengidam itu ini, ada
yang terlebih beremosi dalam keadaan sekalipun. Jadi, perlunya seorang suami
untuk memahami ibu yang sedang hamil.
Oleh itu, seorang suami iaitu lelaki yang
paling rapat dengan isteri haruslah mengambil berat akan perubahan isteri
samada daripada segi emosi dan fizikal. Jika tidak mampu membantu, apa salahnya
memahami dan cuba ambil langkah-langkah dalam meringankan bebanan isteri ketika
hamil.
Antara langkah-langkahnya adalah :
MANJAKAN ISTERI
Wanita mengandung sememangnya suka dimanjakan
oleh suami. Perangai ini bukan dibuat-buat tetapi perubahan hormon yang
mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya, suami melayan karenah isteri yang
sedang hamilkan zuriat anda. Pasti kasih sayang anda berdua semakin erat.
JALAN BERIRINGAN
Selain ibu hamil menanggung alahan, ia juga
perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka
menjadi perlahan daripada biasa.
Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba
fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan
sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan.
Sebelum berkahwin boleh mengikut gerak geri,
selepas kahwin apa salahnya lebih romantik dengan berpegangan tangan kemana
sahaja anda pergi. Keselesaan isteri itu akan lebih puas hati dan lebih
gembira.
LUANGKAN MASA
Korang Tau Tak? Kadang-kadang perhatian dan
sentuhan daripada suami sudah ukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak
kena. Trimester pertama kehamilan umpamanya memang cukup merimaskan bagi
sesetengah bakal ibu.
Dengan sentiasa berada disisi isteri, ia
sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.
FAHAMI PERUBAHAN
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi
yang sukar untuk diramal. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi
mereka sepanjang kehamilan. Suami perlu bersedia dalam menghadapi situasi ini.
HULURKAN BANTUAN
Jika selama ini, isteri yang banyak berkorban
untuk anda dalam melakukan kerja rumah, apa kata kali ini, suami belajar
menjadi ringan tulang dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu
sampah, memyidai pakaian, mengemas meja makan, memasak dan sebagainya.
Ia akan menjadikan ‘mood’ isteri yang hamil
tu lebih selesa dan gembira dengan bantuan yang telah dihulurkan oleh seorang
suami itu sendiri.
MEMBANTU TANPA DISURUH
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya,
tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketikanya
ekoran alahan yang teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan melayan karenah
anak-anak.
Sekurangnya anada akan bertambah cekap dalam
menguruskan keperluan anak dari semasa ke semasa.
PENUHI PERMINTAAN
Diawal kehamilan, biasanya wanita hamil akan
mengidam pelbagai makanan. Ada yang sedap dan sesetengahnya pula ada makanan
yang pelik dan sukar untuk didapati.
Oleh itu, para suami perlu penuhi permintaan
dan bersabar dengan karenah ibu hamil. Suami janganlah menempelak keinginan
isteri sebaiknya cuba penuhi permintaan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah
makanan yang berkhasiat.
BAWA BERJALAN
Jika ada waktu terluang, bawalah isteri
berjalan-jalan. Tidak salahnya bawa isteri keluar mengidup udara segar di taman
mahupun di kawasan-kawasan reakreasi.
Mungkin dengan suasana yang berbeza dari
rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang dirinya sedang dialami.
No comments:
Post a Comment