30 August 2018

Makan Omega 3 untuk MINDA ANDA

Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kita mahupun anak-anak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, kita perlukan kepelbagaian makanan yang sihat. 
Tanpa sedar,  ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya. 
Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah laku seperti ADHD dan juga alahan. 
Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose. 
Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose. 
Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi tumpuan yang lebih baik.

Korang Tau Tak?
Omega 3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda anda berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam. Sebab tu lah, keperluan OMEGA 3 PENTING dalam diet harian kita.

Antara manfaat yang mengambil OMEGA 3 adalah :

MENINGKATKAN PRESTASI MENTAL
Pengambilan Omega 3 menunjukkan :

-          Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan pemerhatian

-          Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca

-          Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum

MEMPERBAIKI MOOD SECARA POSITIF
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, OMEGA 3 membantu :

-          Membangkitkan mood

-          Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan

MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF YANG SIHAT UNTUK GOLONGAN LANJUT USIA
Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega 3 secara teratur untuk :

-          Merendahkan risiko penurunan kognitif

-          Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutama kognitif dan memori

-          Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia

-          Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum

MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OTAK YANG SIHAT PADA BAYI SEMASA TEMPOH KEHAMILAN DAN AWAL KEHAMILAN
Omega 3 khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu, pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ia :

-          Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutama pada trimester ketiga

-          Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi

-          Meningkatkan koordinasi tangan mata serta kepintaran kanak-kanak

-          Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak

-          Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak
Dengan pengambilan harian, anda juga dapat membantu perkembangan minda anak-anak anda dan juga diri anda. Bergeraklah dengan bebas sehingga kepenghujung usia anda. Anda yang akan menentukan kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment