Ulser mulut boleh menjadikan ‘mood’
seseorang berubah jugak tau dek sakitnya bila ulser menjengah di dalam mulut. Pedih
dan sakit sampai nak makan pun boleh menangis. Apatah lagi masa gosok gigi,
lagilah terasa sakitnya disitu ! korang mesti pernah rasa kan !
Ada yang memanggilnya pecah mulut
atau mata ikan. Perkara biasa bagi sesetengah individu kerana ia tidak mengira
jantina mahupun usia. Boleh terjadi pada lidah, dinding dalam mulut atau
sekitar tekak.
APA ITU ULSER MULUT ?
Ulser mulut adalah luka kecil di
dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari
untuk sembuh. Ia kelihatan seperti tompokan putih dan mingkin juga ada sedikit
darah kalau besar. Ia mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan ketika
meminum air ataupun mengosok gigi.
Ulser ini akan menyebabkan
ketidakselesaan terutama ketika kita bercakap, minum atau makan.
Selalunya ulser di dalam mulut tidak
berjangkit dan boleh baik dengan sendirinya selepas beberapa hari. Jika ulser
tersebut berpanjangan lebih daripada dua minggu, anda perlulah berjumpa dengan
doktor untuk melakukan pemeriksaan.
SIAPAKAH ORANG AKAN TERKENA ULSER
MULUT?
Tidak kira jantina dan usia tetapi
golongan wanita lebih kerap mengalaminya terutamanya semasa mengandung dan
semasa kedatangan haid.
PUNCA TERJADINYA ULSER MULUT ?
-
Luka pada bahagian
mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit.
-
Kurang vitamin
terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi
-
Jangkitan bakteria,
virus ataupun kulat.
-
Mulut yang sensitif
kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau dan nanas.
-
‘dental braces’
Ulser di dalam mulut juga mungkin
menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk
seperti :
-
Kencing manis
-
Keradangan usus
(Inflammatory bowel disease)
-
Systemic Lupus
Erythematosus
-
HIV/AIDS
-
Kanser mulut
PERLUKAH BERJUMPA DENGAN DOKTOR?
PERLU, jika anda telah mengalami
keadaan seperti berikut :
-
Susah untuk makan
dan minum
-
Ulser mulut yang
lebih daripada 2-3 minggu
-
Ulser mulut yang
tidak sakit (salah satu tanda sifilis)
-
Ulser yang sampai ke
bahagian bibir
-
Ulser tersebut
terlampau sakit (salah satu tanda jangkitan virus herpes)
Ulser mulut yang terlalu lama mungkin
boleh disebabkan kanser. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami masalah ini lebih
daripada 2 hingga 3 minggu, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi
pemeriksaan yang lanjut.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA
ULSER MULUT ?
Ada beberapa perkara yang boleh
dibuat untuk mengelakkan ulser di bahagian mulut. Antaranya :
-
Gunakan berus gigi
yang tidak terlalu keras
-
Elakkan meminum air
yang terlalu panas
-
Jaga kebersihan
mulut dengan rajin menggosok gigi
-
Gunakan antiseptik
untuk berkumur
-
Cuba elakkan
bercakap ketika makan untuk mengelakkan tergigit lidah atau bahagian dalam
mulut ketika bercakap
-
Elakkan makanan yang
boleh merengsakan bahagian mulut seperti lemon, oren, nanas dan anggur. Jika anda
selalu mengalaminya, kurangkan pengambilan buah-buahan tersebut.
-
Ambil makanan
tambahan seperti multivitamin, vitamin c n b complex
Nota kaki : Banyakkan minum air mengikut berat badan
anda. Minum air masak yang cukup pun disarankan oleh pihak kesihatan kan paling
kurang 8 gelas sehari. Dengan cuaca
yang tidak menentu, risiko untuk mendapat ulser mulut amat tinggi.
No comments:
Post a Comment