3 September 2018

LENGKUAS bukan hanya dalam masakan TETAPI Herba Ubatan untuk kulit WAJAH



Korang kenal tak dengan lengkuas?

Sebenarnya, tidak dapat dinafikan ramai yang tidak mengenali lengkuas dek kerana strukturnya lebih kurang halia or kunyit. .

Lengkuas biasanya digunakan dalam masakan untuk menambah rasa dan aroma. Namun begitu, penggunaan lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galangal agak meluas.

Pokok lengkuas terdiri daripada jenis besar dan kecil. Lengkuas besar (greater galangal) dikatakan berasal dari Jawa dan digunakan dengan meluas di Malaysia dan Indonesia.

Manakala lengkuas kecil (lesser galangal) pula dikatakan berasal dari China. Ia juga turut tumbuh di India dan seluruh Asia Tenggara.

Nama lain bagi lengkuas adalah galangal (Inggeris), khalanjan (Arab), kaoling-ching (Cina), tha (Thai) dan barakalinjan (India).

JOM KENALI LENGKUAS

Herba ini hidup merumpun dan berizom setinggi dua meter. Semua bahagian herba ini terutama rizomnya berbau wangi. Rizom lengkuas besar dan tebal, berisi serta berbentuk silinder dan bercabang-cabang. Bahagian luar rizom berwarna coklat agak kemerahan atau kuning kehijauan yang pucat. Bahagian isi dalamnya berwarna putih.

Daun lengkuas berwarna hijau, bertangkai pendek dan tersusun berselang. Bentuk daun memanjang dan hujungnya meruncing. Pelepah daun beralur dan berwarna hijau. Bunga lengkuas merupakan bunga majmuk berbentuk loceng, berbau harum dan berwarna putih kehijauan atau putih kekuningan.

Rizom lengkuas dikatakan memiliki sifat ANTIBAKTERIA DAN PERANGSANG PENCERNAAN. Lengkuas juga merupakan sumber serat, besi, sodium, vitamin-vitamin A dan C serta mengandungi fitonutrien dan flavonoid seperti beta – sitosterol, Galangin, Emodin dan Quercetin.

LENGKUAS DIGUNAKAN SEBAGAI RAMUAN PERUBATAN

Selain digunakan dalam masakan, lengkuas sebenarnya mampu dijadikan ramuan dalam perubatan tradisional bagi merawat pelbagai masalah kesihatan yang dialami manusia.

Dalam Perubatan cina

Dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk ‘limpa’bagi merawat masalah-masalah pencernaan dan kesihatan berkaitan kekurangan elemen bumi.

Dalam Perubatan india pula

Lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis. Ia juga telah berkurun lamanya digunakan sebagai afrodisiak di Eropah dan Asia.

Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi

-          melegakan masalah-masalah seperti kembung

-          dispepsia (pencernaan yang terganggu),

-          muntah-muntah

-          perut yang mengembung.

Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk:

-          merawat arthritis

-          ulser

-          keradangan perut

-          memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki

-          merawat cirit-birit

-          melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.

Lengkuas memiliki banyak AGEN ANTIOKSIDAN yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.

KEBAIKAN LENGKUAS UNTUK KULIT

Korang Tau Tak?

Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit.

Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit. Ia mengandungi 40 JENIS ANTIOKSIDAN yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan kulit.

Ia juga dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki aliran darah. Fungsinya, ia melepaskan zat tambahan pada tisu kulit. Antioksidan yang terdapat dalam lengkuas dikatakan mampu merosakkan kulit sekaligus mengekalkan kemudaan pada kulit.

jus lengkuas juga boleh disapu pada kulit terbakar. Ia mampu melegakan rasas sakit serta menyembuhkan kulit terbakar (sunburn). Anda juga boleh menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2 hinga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.

Lengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu memastikan kulit bersih dan halus tanpa sebarang noda. Ia juga boleh digunakan sebagai penentang semulajadi terhadap akne. Apabila ia disapu pada akne, ia mengurangkan pembentukan dan pemecahan akne melalui cara membersihkan bakteria daripada kulit.

KEBAIKAN LENGKUAS PADA RAMBUT

Lengkuas juga boleh digunakan dalam rawatan rambut dan kulit kepala. Jika minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.

Jika anda mengalami masalah ramput rapuh dan kering, gunakan minyak lengkaus kerana ia mengandungi zink, vitamin dan fosforus yng diperlukan bagi memastikan rambut sihat bersinar.
Bahan semulajadi yang membantu juga dalam penjagaan dalaman dan juga luaran. 

No comments:

Post a Comment