“Mata
ikan nie kenanya kecil je tang bibir, tapi dia punya pedih,
perghhhhhh..sakit sangatttt. Apa rawatan semulajadi untuk ulser nie
eh ?”
Mengikut
kajian, ulser mulut tidak terlalu serius. Ia biasanya berlaku
disebabkan tergigit bibir, makan makanan berasid, luka akibat
memberus gigi dan sebagainya.
Secara
lazimnya, ulser akan hilang 1 – 2 minggu dan tiada ubat yang boleh
menyembuhkan serta merta. Disini, ada beberapa cara rawatan untuk
menghilangkan ulser mulut yang boleh anda lakukan dirumah.
CARA
SEMULAJADI MENGURANGKAN RASA SAKIT ULSER PADA MULUT DENGAN CEPAT DAN
BERKESAN
Berikut
adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.
Cubalah !
GARAM
Kumur
dengan air garam selama 30 saat. Walaupun pedih yang teramat sangat,
ulangi 2 hingga 3 sehari. Ia akan mengurangkan rasa sakit dan pedih
pada ulser tersebut.
Dalam
garam, konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan
proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan ulser pada mulut untuk
sembuh.
BAKING
SODA
Baking
soda boleh digunakan dengan mudah. Caranya, sapukan di bahagian yang
terkena ulser. Anda juga boleh mencampurkannya dengan sedikit air
untuk dijadikan pes dan sapukan pada bahagian ulser untuk seketika.
Selepas itu, kumur dengan air bersih.
Baking
soda atau soda bikarbonat, ia bersifat alkali. Ia membantu
meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga membantu membunuh
bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
MADU
Kebanyakkanya
mak-mak kita akan berikan madu untuk disapu pada ulser kerana ia
memiliki sifat antibakteria yang sangat baik. Ia membantu dalam
mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukkan
tisu baru.
Jadi,
boleh sapukan sedikit pada bahagian ulser dan membiarkan sehingga ia
larut sendiri. Ataupun, anda juga boleh campurkan dengan secubit
kunyit untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
GEL
ALOE VERA
Aloe
vera juga ada sumber anti bakteria dan anti kerdangan yang membantu
menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Ia juga turut memilki
sifat anti oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan
rasa sakit dengan hampir serta merta.
KUMUR
DENGAN LARUTAN ANTISEPTIK
Larutan
antiseptik seeprti Listerine dapat membantu mencegah bakteria
daripada menjangkiti luka ulser. Sila baca arahan pada label yang
telah tentera pada botol dan gunakan setiap hari.
Moga
dengan perkongsian ini memberikan anda lebih cepat bertindak untuk
mengurangkan masalah sakit ulser ada bahagian mulut.
No comments:
Post a Comment