Tekanan atau stress merupakan masalah
utama bagi kebanyakan orang sekeliling
kita termasuklah diri kita sendiri. Wanita mahupun lelaki tidak kiralah yang
telah berkahwin atau bujang, mereka tidaka dapat lari daripada tekanan. Ini kerana
tekanan dan stress itu akan mengajar kita untuk mengawal emosi yang memang
sudah dikurniakan oleh Allah S.W.T..
Jika anda dalam keadaan stress, ada
beberapa tips yang boleh anda lakukan dengan sendiri dan menguruskannya tanpa
bantuan orang lain. Antaranya :
BUAT PENGURUSAN KEWANGAN
DENGAN BIJAK
Kewangan juga boleh menjadi punca kepada
stress. Sesiapa sahaja. Jika benar kewangan anda punca masalah anda kepada
stress, cuba untuk cari penyelesaiannya. Buat simpanan, pembayaran bil dan pembayaran
hutang secara automatik.
Kurangkan masa memberi belah (tidak kira
atas talian mahupun fizikal). Cari cara untuk gembirakan fikiran anda tanpa
memerlukan anda mengeluarkan wang.
SENTIASA AWAL
Sentiasa melakukan kerja dengan awal
mungkin sukar bagi sesetengah wanita terutamanya wanita bekerjaya. Tetapi cubalah
untuk bersiap lebih awal daripada biasa. Biasanya sesetengah perkara akan mengambil
masa yang lama tetapi anda boleh mulakannya dengan awal.
Beri masa tambahan untuk bersiap dan
melakukan apa sahaja kerja sebelum anda perlu ke tempat lain. Jika anda tiba
awal dari waktu yang dijanjikan, masa yang ada itu boleh digunakan untuk
berehat seketika dan persiapkan diri sebelum bertemu orang yang perlu anda jumpa
ataupun keluar bersama keluarga.
MUDAHKAN PERJALANAN JADUAL
KERJA ANDA
Jadual kerja yang sibuk adalah penyebab
UTAMA stress yang tinggi bagi sesetengah orang. Mudahkan jadual kerja anda
dengan mengurangkan jumlah komitmen dalam hidup. Pilih yang memerlukan sahaja
dan buka pada yang kehendak.
Belajarlah untuk berkata TIDAK pada
orang lain. Anda juga boleh keluar daripada komitmen yang tidak terlalu penting
bagi anda secara perlahan-lahan. Jadualnya hanya beberapa perkara penting
sahaja setiap hari dan letakkan ruang antara mereka. Tinggalkan ruang untuk
masa bergembira.
BUAT SATU PERKARA DALAM
SATU MASA
Ini adalah cara terbaik untuk anda mula
mengurangkan stress. Jika anda boleh, mulakannya secepat mungkin kerana ia akan
lebih mudah untuk anda menyiapkan. Apa kata anda mulakan SEKARANG ! beri fokus
pada satu perkara dalam satu masa. Contohnya : pilih satu kerjsa untuk
diselesaikan seperti kemas almari kerja dengan rapi dan buat itu SAHAJA. Bila da
gangguan, abaikan selagi anda belum habis mengejarkannya.
GEMBIRAKAN DIRI ANDA
SETIAP HARI
Setiap hari, pastikan anda melungkan
masa untuk bergembira. Buat aktiviti dengan anak seperti bermain, memasak,
membaca ataupun apa sahaja yang boleh membuakan anda ketawa gembira. Apa sahaja
yang anda lakukan pastikan ia mampu membuat diri anda ketawa.
BERGERAK AKTIF
Selain daripada gembirakan diri, anda
juga boleh buat perkara yang aktif seperti berjalan, bersenam, berlari dan
mendaki. Anda tidak perlu buat aktiviti yang berat. Paling penting anda dapat
menggerakkan tubuh. Pastikan anda gembira semasa melakukannya.
JADIKAN DIRI ANDA KREATIF
Menjadi kreatif adalah salah satu
aktiviti terbaik untuk mengelakkan stress dan mencegah stress. Mungkin anda
boleh membuat origami, melukis, mendengar lagu atau bermain alat muzik.
BUANG BARANG TIDAK PERLU
Ambillah masa lebih kurang 20 hingga 30
minit untuk mengemas dan mengasingkan barang yang bersepah. Jika barang
tersebut masih boleh digunakan, carilah tempat yang sesuai untuk menyimpannya. Jika
ada yang tidak perlu, buang SAHAJA. Tanpa anda sedar, ruang yang bersepah itu
boleh menjai luas dengan barang yang berkemas.
MULAKAN TABIAT SIHAT
Sesambil bergerak aktif, anda juga boleh
mempertingkatkan kesihatan menyeluruh untuk mengurangkan stress dengan hanya
mulakan satu tabiat pasa satu masa. Seperti contoh : makan buah-buahan dan
sayuran sebagai snek anda. Berhenti merokok.
Masak makanan yang disukai atau makanan
sihat, kurangkan air gula ataupun lebihkan ambil air kosong. Ia juga boleh
membantu anda supaya lebih sihat dan mengurangkan stress dalam satu-satu masa.
BUAT PERKARA YANG MEMBERI
ANDA KETENANGAN
Setiap orang ada aktiviti atau perkara
yang mereka suka buat yang boleh memberikan ketenangan. Jika tidak ada aktiviti
yang menenangkan, cubalah cari. Anda juga boleh berkebun malah boleh juga
berendam dalam tab mandi. Bagi yang suka membaca novel apa kata anda mula cari
novel yang anda suka.
Jangan lupa ambil juga ambil vitamin B
untuk mengurangkan stress anda.
No comments:
Post a Comment