Setiap wanita pasti akan ada masalah seperti kulit kering.
Sudah pakai macam-macam produk api tetap tidak menyelesaikan masalah tersebut. lagi-lagi yang selalu luar negara. Mereka akan mengalami masalah kulit kering selepas balik ke Malaysia.
Ini kerana cuaca yang lain dengan negara kita. Dan masalah itu akan berterusan jika kita biarkan.
Jom ikuti 4 tips yang membantu anda untuk yang ada masalah kulit kering sejak dulu lagi.
Sentiasa Memakai Pelindung UV
Jika muka memang sensitif dengan keadaan yang panas, pastikan sentiasa memakai krim UV untuk kulit yang lebih sihat. Ia boleh mengelakkan daripada muka menjadi kering dan sunburn.
Mengikut pakar kecantikan di SPA, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV
sebaik keluar rumah untuk mengekalkan kelembapan kulit muka disamping mengelakkan daripada sinaran UV..
Jaga Pemakanan
Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran dalam
pemakanan harian anda. Pastikan anda kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak
tinggi. Anda seharusnya mengambil makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering. Di dalam buah-buahan dan sayuran banyak vitamin-vitamin yang dihasilkan.
Pakai Masker
Rajin-rajinkan diri memakai masker ketika dirumah. Disarankan memakai
masker sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu untuk mengekalkan
kelembapan kulit muka anda. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di
dapur sahaja seperti tomato, yogurt, lemon, putih telur atau beras untuk kelembapan kulit muka anda.
Ambil Suplemen
Ambil suplemen yang semulajadi untuk rawatan kulit dari dalam tubuh badan anda.
Jadikan ia sebagai rutin harian dengan mengambil suplemen untuk kulit. Jika anda menemu
bual artis-artis atau mereka yang berkulit cantik, pasti salah satu rahsia
mereka adalah mengamalkan suplemen atau makanan tambahan yang dapat mengekalkan
kecantikan wajah mereka. Suplemen merawat dari dalam dan ia baik untuk kesihatan dan kulit anda. Anda boleh juga cuba suplemen Shaklee untuk kesan dari dalaman sehingga ke luaran. set kulit kering
Semoga perkongsian ini menghilangkan sedikit kegusaran buat diri anda untuk tampil lebih cantik dan berkeyakinan berdepan dengan orang lain dengan tips yang saya berikan.
No comments:
Post a Comment