18 July 2017

KETAWA RAHSIA SIHAT YANG TIDAK TERNILAI


Ketawa? Setiap orang ada hormon ketawa dan tidak terkecuali. Ia adalah perasaan gembira dan seronok yang ada dalam setiap orang. Selama ini, adakah anda sedar bahawa ketawa merupakan antara 'ubat' mujarab untuk seorang individu yang mana ketawa boleh melawan virus yang ada dalam badan seseorang.

Persekitaran yang semakin mencabar menyebabkan ramai di kalangan kita yang lupa bahawa tekanan, kesedihan, kerisauan dan perasaan marah boleh memberi kesan negatife kepada kita secara fizikal dan mental. Ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mudah penat, mudah diserang penyakit dan juga boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang.

Seorang professor perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat Lee Berk dan kumpulan penyelidikannya sejak bertahun-tahun berusaha merungkai bagaimana 'mood' seseorang itu boleh memberi kesan kepada sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit. Mereka mendapati bahawa ketawa mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung. 

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Micheal Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali.

JENIS KETAWA & MANFAATNYA

Terdapat beberapa jenis terapi ketawa yang mampu menjadikan kehidupan anda bertambah ceria. Antaranya :

Gtreeting laughter Do Namaste Indian Style Anda Then Shake Hand – Ho ha
Milk shake Laughter –eh
One meter laughter –eh
Cell phone laughter
Argument laughter
Electric laughter
Lion laughter

Sementara itu, terdapat 11 manfaat ketawa ini tidak terlalu diketahui umum. Jika ada pun yang tahu, mereka lebih senang mengambil sikap tidak memberi perhatian dengan memberikan pelbagai alasan. Kebaikan-kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti ketawa adalah seperti:

MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Dengan ketawa, hormone akan dikurangkan dan sebaliknya, system ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.


MENINGKATKAN HORMON ENDORPHINE
Hormone Endorphine berfungsi  memberi rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormone ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.

MELINDUNGI JANTUNG
Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.

MENGURANGKAN STRESS
Ketawa juga mampu mengurangkan stress yang kita sering hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormone stress. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stress.

MEMPERBAIKI PENAFASAN
Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru.

Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

BAIK UNTUK BAHAGIAN PERUT
Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pancreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebih baik.

MENGHILANGKAN KESAKITAN
Ketawa merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

MENGURANGKAN SIKAP AGRESIF
Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERSOSIAL
Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah ketawa akan lebih mudah didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH
Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibody penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam system pernafasan.

MERUPAKAN SENAMAN
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Bila anda berasa 'mood' tak berapa nak elok, elok untuk anda mencari cara untuk sentiasa ada mood gembira kerana disitulah akan membuatkan diri anda lebih jauh dari tekanan yang dihadapi dapat mengelakkan diri anda dari melakukan perkara yang boleh memudaratkan.  


No comments:

Post a Comment