Gangguan Insomnia
Insomnia adalah salah satu cara untuk mengatakan bahawa
terdapat masalah yang sedang berlaku pada tubuh. Perkara-perkara yang boleh
menyebabkan insomnia termasuklah stress, terlalu banyak mengambil kafien,
kemurungan, perubahan dalam waktu kerja dan sakit daripada masalah perubahan
seperti artritis.
Adakah masalah serius?
Tidur yang secukupnya adalah merupakan bahagian penting
sebuah gaya hidup sihat. Insomnia boleh memberi kesan pada mental dan fizikal.
Ia boleh membuatkan anda berasa letih, murung dan mudah naik marah. Ia juga
boleh membuatkan anda sukar menumpukan perhatian atau melakukan kerja pada
waktu siang.
Jika anda kerap tidak mendapat tidur secukupnya seperti yang
disarankan, anda akan berisiko mendapat penyakit seperti tekanan darah tiggi,
penyakit jantung dan diabetes.
Jumlah tidur
Kebanyakan orang dewasa memelukan kira-kira tujuh hingga
lapan jam waktu tidur setiap malam. Anda mendapat tidur secukupnya jika anda
tidak berasa mengantuk pada waktu siang. Jumlah tidur yang anda perlukan
sepatutnya sama sepanjang waktu dewasa.
Namun begitu, corak tidur mungkin berubah seiring dengan
usia yang meningkat. Sebagai contoh, warga tua mungkin kurang tidur pada waktu
malam dan selalu tidur pada waktu siang.
Perawatan
Dalam kebanykan kes, sebaik sahaja masalah terselindung yang
menyebabkan insomnia telah dikenal pasti dan dirawat, masalah insomnia akan
hilang.
Jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari penyebab insomnia kerana dengan cara tersebut masalah yang dihadapi mampu tidur dengan baik selepas mereka melakukan beberapa perubahan dalam tabiat tidur mereka.
Jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari penyebab insomnia kerana dengan cara tersebut masalah yang dihadapi mampu tidur dengan baik selepas mereka melakukan beberapa perubahan dalam tabiat tidur mereka.
Jika insomnia anda tetap berterusan walaupun selepas anda
menguruskan masalah yang terselindung dan telah memperbaiki tabiat tidur,
mungkin doctor akan mencadangkan anda untuk mencuba terapi tingkah laku.
Jenis terapi ini mampu membantu perubahan tingkah laku yang membuatkan insomnia anda teruk. Terapi ini mampu mengajar anda tingkah laku baru yang mampu membantu anda tidur dengan lebih baik.
Jenis terapi ini mampu membantu perubahan tingkah laku yang membuatkan insomnia anda teruk. Terapi ini mampu mengajar anda tingkah laku baru yang mampu membantu anda tidur dengan lebih baik.
Perbaiki Tabiat Tidur
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi
membantu tidur yang baik.
Tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari. Ini termsuklah pada waktu tidak bekerja. Cara ini akan melatih tubuh untuk tidur pada waktu malam.
Bentuk rutin waktu tidur anda. Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum anda tidur. Sebagai contoh, anda boleh mandi air panas dan kemudian bacalah buku atau majalah selama 10 minit sebelum tidur. Lama-kelamaan anda kan menghubungkan aktiviti-aktiviti ini dengan waktu tidur. Akhirnya anda seterusnya akan tidur.
Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. Jangan makan, berbual di telefon atau menonton televisyen ketika anda sedang berbaring di atas katil.
Pastikan bilik tidur anda sunyi dan gelap. Jika bunyi menjadi masalah untuk sukar tidur, gunakan penutup telinga. Jika anda perlu tidur pada waktu siang, pasang bidai atau langsir warna gela pada tingkap atau pakai penutup mata sebelum tidur.
Jika anda masih lagi sedar selepas 30 minit cuba tidur, bangun dan pergi ke bilik lain. Duduk di bilik tersebut lebih kurang 20 minit sebelum anda kembali semula kebilik tidur. Lakukan perkara ini selama beberapa kali yang anda perlukan sehinggalah anda rasa anda boleh tidur.
Bagi yang sukar tidur, gunakan sebaik mungkin masa yang ada dengan mencuba tip diatas untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan melakukan perkara yang membawa kebaikan untuk diri dan keluarga.
Bagi yang sukar tidur, gunakan sebaik mungkin masa yang ada dengan mencuba tip diatas untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan melakukan perkara yang membawa kebaikan untuk diri dan keluarga.
No comments:
Post a Comment