14 July 2017

ELAK DEHIDRASI & ATASI KULIT KERING




Boleh menjadi sementara atau bahhkan seumur hidup bagi yang menghidapi kulit kering dan dehidrasi. Kulit kering dapat ditentukan secara gentik disebabkan oleh produk dan gaya hidup yang semakin tertekan ditambah pula dengan keadaan sekeliling seperti sinaran UV, radikal bebas, cuaca yang tidak menentu dan persekitran yang kurang kurang bersih.

Bagi dehidrasi pula, adalah dimana kulit yang berdifat sementara dan lebih mudah untuk dirawat daripada kulit kering. Iaterjadi kerana kekurangan air didalam tubuh badan. Keadaan kulit ini terjadi akibat penggunaan sabun dan cuaca.kulit berminyak juga boleh terjadi disebabkan dehidrasi.
Kulit kering dan dehidrasi sering kali mengalami kulit sensitive, gatal-gatal, permukaan kulit kasar, kulit merekah, kemerahan yang parah da nada juga sampai kulit berdarah. 



Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua orang, terutamanya wanita. Pastinya anda mahu tampak cantik dan tidak kusam di hadapan khalayak. Ada juga mereka yang rasa rendah diri apabila kulit muka terlalu kering sehingga nampak seperti menggelupas, kusam ataupun berjerawat.

Jangan biarkan  masalah kulit ini berterusan, jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk. Bagi mengelakkan dehidrasi ikuti tip di bawah dan juga bagaimana mahu mengatasi kekeringan kulit. 

>>> Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat air yang cukup, ia boleh menyebabkan tubuh anda dehidrasi. 
Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan pada tubuh anda. Sebagai contoh, kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

>>> Makan makanan yang berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

>>> Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

>>> Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering dan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran anda sejuk.

>>> Basuh muka dan tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka.

>>> Ketahui jenis masalah kulit muka, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda memilih produk penjagaan dari solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit berasa tegang atau ketat pada waktu tengahari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

>>> Cuba dapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang mencukupi sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

>>> Tekap kulit muka menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai membersih wajah. elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Semoga segala perkongsian ini membantu anda untuk masalah dehidrasi dan kulit kering. Moga-moga mendapat manfaat dalam setiap tip yang telah diberikan.

No comments:

Post a Comment