UBAT GIGI UNTUK TANGGALKAN GULA-GULA GETAH
Gula-gula getah memang musuh para ibu, apatah lagi jika
terlekat pada baju atau lantai rumah. Lebih parah apabila si kecil makan
gula-gula getah lalu terlekat pada rambutnya. Ini adalah masalah biasa bagi
ibu. Sebenarnya petua ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Ambil
sedikit ubat gigi dan letakkan pada berus gigi. Kemudian gosok perlahan-lahan
pada rambut hingga gula-gula tanggal. Selamat mencuba!
IKAN KEKAL SEGAR
Memilih ikan yang segar memang perkara yang mudah tetapi
untuk mengekalkan kesegarannya, anda perlu cara yang betul. Sebenarnya setelah
dibuang isi perut ikan, terlebih dahulu jangan dibasuh ikan tersebut.
Sebaliknya terus sahaja dibungkus dengan surat khabar. Kemudian simpan dalam
peti sejuk di bahagian sejuk beku. Bila hendak memasak, keluarkan ikan dan
basuh ikan hingga bersih, cara ini sebenarnya mampu mengekalkan kesegaran ikan.
CUKA RANGUPKAN IKAN BILIS
Ikan bilis memang sedai dimakan walaupun digoreng begitu
sahaja. Sebenarnya untuk mendapatkan ikan bilis yang rangup perlu tahu
tekniknya. Mula-mula, bersihkan ikan bilis dahulu dengan membuang isi perut dan
belah dua. Masukkan dalam bekas dan gaul rata bersama sedikit cuka makanan.
Biarkan seketika dan goring sehingga garing. Pastikan ikan bilis anda akan
lebih garing dan kerangupannya tahan lebih lama.
TOMATO DAN GULA PUTIHKAN BAJU
Tahukah anda, tomata merupakan bahan pemutihan semuljadi
yang sangat kuat. Malahan campuran gula bersama tomato dapat membantu
menghilangkan kotoran yang terpalit pada baju putih. Caranya cukup mudah.
Mula-mula, rendamkan campuran gula dan tomato bersama baju putih anda
semalaman. Nantikan hasilnya esok pagi, akhir sekali cuci seperti biasa
menggunakan sabun pencuci pakaian dan bilas dengan air.
ELAK PASTA MELEKAT DENGAN MINYAK ZAITUN
Bagi mendapatkan pasta yang cantik, anda tidak digalakkan
mengacau pasta dengan kerap ketika proses merebus kerana bimbang pasta patah
atau putus. Manakala untuk elakkan daripada pasta daripada melekat adalah
dengan cara meletakkan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung semasa merebus
terutamanya pasta seperti spageti atau fetticune.
No comments:
Post a Comment