11 July 2017

10 SEBAB PERLUNYA KITA MAKAN TAUGEH




Taugeh.. memang ramai kurang makan taugeh nie. Silap hari bulan yang ada dalam pinggan tu boleh kusyuk kalih taugeh tu daripada makan. ada orang kata makan taugeh nie sejuk, ada yang kata tidak. Tapi biasalah pandangan masing-masing kan.

Apabila disebut tauge, sudah pasti ramai akan terfikir mengenai taugeh kacang hijau yang digunakan dalam masakan Asia. Tauge adalah sejenis tunas tanaman kekacang yang boleh dimakan. Ia adalah hasil daripada proses percambahan biji benih kekacang.

Banyak jenis biji benih kacang yang boleh dicambah untuk menjadi taugeh. Ini termasuklah biji bunga matahari, biji kacang pea, biji kacang buncis, biji kacang Boston dan biji kacang soya. Semua jenis tauge merupakan sumber pemakanan yang baik.

Berikut adalah sebab kenapa kita perlu pertimbangkan untuk memakan tauge dalam pemakanan seharian kita.

- Rendah Kalori Baik Untuk Kawal Berat Badan
Dikatakan dengan memakan taugeh anda mampu mengawal berat badan kerana taugeh rendah kalori. Secawan taugeh daripada biji benih kacang hijau memiliki kira-kira 31 kalori. Manakalasecawan taugeh daripada benih kacang soya memiliki kira-kira 70 hingga 80 kalori. Anda juga boleh menambah taugeh dalam makanan anda tanpa perlu risau akan kalorinya yang ada dalam setiap hidangan.

- Rendah Lemak Tepu
Kebanyakan jenis taugeh atau tunas kekacang merupakan sumber terbaik protein. Dikatakan memakan taugeh lebih baik daripada memakan produk haiwan kerana ia mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah. Taugeh bebas kolestrol dan rendah lemak tepu. Memang elok jika dimakan dalam pemakanan seharian.

- Hampir Bebas Garam
Taugeh juga mampu merendahkan tekanan darah kerana ia hampir bebas garam. Kandungan garam anda hanya akan bertambah jika anda memasak taugeh dalam kicap. 

- Tinggi Serat Baik Untuk Usus
Berikutan dengan kandungan serat yang tinggi dalam taugeh juga, dikatakan mampu memperbaiki mortality usus dan melegakan tanda-tanda sembelit.

- Sumber Baik Lesitin
Taugeh daripada kacang hijau dikatakan sumber baik lesitin dan baik untuk kesihatan hati. Lesitin mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah, membantu merendahkan lemak dalam hati sekaligs mencegah hati berlemak, iaitu masalah pada hati yang boleh membawa kepada kegagalan hati.

- Tingkatkan Penyerapan Zat Besi
Taugeh yang kaya dengan zat besi mampu memainkan peranan penting dalam sintesis hemoglobin, iaitu protein yang dijumpai dalam sel-sel darah merah. Ia juga tinggi vitamin C, yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi daripada susu, sekaligus membantu mencegah atau merawat anemia yang disebabkan kekurangan zat besi.

- Penuh Zat Protein, Vitamin-Vitamin Dan Zink
Memakan taugeh juga dikatakan mampu memberi kebaikan kepada kuku dan rambut anda. Rambut dan kuku yang rapuh biasanya adalah kesan daripada kekurangan zat tertentu terutamanya protein-protein, vitamin-vitamin dan zink. Taugeh kaya dengan jumlah semua zat-zat ini. Ini juga bermakna taugeh mampu membantu dalam mencegah amsalah rambut dan kuku yang rapuh.

- Kaya Dengan Fitoestrogen
Ia mampu membantu melegakan gejala-gejala berkaitan dengan menopous akibat pengurangan tahap estrogen. Fitoestrogen dalam taugeh juga dikatakan efektif dalam mengurangkan osteoporosis berkait dengan menopous.

- Menganjalkan Dan Melembapkan Kulit
Dikatakan juga fitoestrogen dalam taugeh mampu bertindak sebagai penerima estrogen yang ditemui dalam kulit, merangsang sintesis asid hyaluronic, kolagen dan elastin, yang merupakan komponen penting dalam struktur kulit. Pengambilan taugeh dengan kerap dikatakan mampu mencegah perubahan kulit berkaitan usia, termasuklah keanjalan dan kehilangan kelembapan.

- Mengurangkan Keletihan
Selain itu, taugeh juga dikatakan mampu membantu dalam melawan tanda-tanda dan gejala-gejala tekanan mental, fizikal dan keletihan.

* Info Penting

Elakkan Makan Taugeh Mentah
Walaupun taugeh banyak khasiat, namun perlu diingat agar menghindari memakan taugeh mentah. Masak taugeh hingga benar-benar masak dalam air mendidih. Taugeh mentah tidak boleh dimakan oleh ibu hamil, orang tua, kanak-kanak dan mereka yang memiliki daya tubuh yang rendah.

Banyakkan manfaat bila kita ambil taugeh dalam pemakanan seharian kita. Untuk badan dan juga kesihatan kita sama.

Jom sama-sama manfaatkan untuk kesihatan diri dan keluarga anda.


No comments:

Post a Comment