Sekarang
masa ekonomi gawat untuk Negara kita nie. Lagi2 barang sekarang makin naik
harga tambah pula da cukai nak kena bayar sama semasa membeli barang.
Banyak
orang tidak cukup kan pendapatan disebabkan ekonomi sekarang makin runcing dan
barang-barang pun mahal. Pada masa nie la kita kena pandai BERJIMAT. Nak-nak
lagi yang sudah berkeluarga. Untuk urusan anak sekolah, urusan taska, urusan
pengasuh dan banyak lagi. Tapi jangan luap pada yang bujang, ada juga komitmed
nye. Jangan ingat mereka pun bersenang tau. Kita tak tahu apa komitmed mereka.
Berbalik
kepada tajuk elak membeli barangan yang akan diterangkan, mungkin anda dapat
berjimat. Ada sesetengah pembeli yang bijak menggunakan kupon untuk berjimat.
Tetapi
ada kajian menunjukkan dalam kebanyakan kes, pengguna kupon ini berbelanja
lebih kerana mereka membeli barang yang tidak diperlukan. Strategiuntuk
menjimatkan wang adalah melalui cara mengelakkan diri membeli sesuatu barang
itu dan mencari barang lain yang boleh menggantikannya.
Jom
masa2 kita buat penjimatan dengan barang2 yang boleh kita elakkan.
Sos salad
Bagi pengemar salad atau sayur-sayuran, mereka kerap membeli sos untuk dicampur dengan makanan kegemaran mereka. Tahukah anda satu botol sos salad kerap memiliki pelbagai bahan di dalamnya. Malah ada sesetengahnya mengandungi 120 kalori satu hidangan.
Idea terbaik adalah mengelakkan diri untuk membeli sos salad ini dan buat sendiri di rumah. Anda boleh guna hanya tiga atau empat bahan campuran. Rasanya juga lebih segar. Paling penting, peti sejuk anda tidak akan penuh dengan botol sos salad yang kebanyakkannya hanya digunakan separuh sahaja.
Rempah berjenama
Kadangkala rempah yang asas pun agak mahal sekarang. Terdapat kajian terhadap pengguna yang menjalankan ujian rambang terhadap rempah jenama mahal dan rempah tidak berjenama tetapi murah.
Kebanyakan penggunakan yang melakukan ujian tersebut tidak dapat membezakan rempah mahal atau rempah murah. Ini bermakna tidak ada bezanya jika anda beli rempah mahal atau murah kerana rasanya agak sama. Belilah rempah yang anda rasa sesuai dengan bajet anda. Beli juga dalam jumlah yang sedikit kerana ia lebih murah dan rempah juga lebih segar.
Bunga yang siap digubah
Kadangkala anda ingin membeli bunga segar sebagai hiasan dirumah.apa kata anda beli bunga yang belum digubah sebagai pilihan. Paling penting belilah bunga yang masih belum kembang kerana ia sudah pasti tahan lama. Anda boleh susun dan gubah sendiri bunga ini mengikut citarasa.
Bateri
Kedai runcit menjual bateri dengan harga mahal. Apabila anda perlukan bateri, sudah pasti anda memerlukannya dengan segera. Cara terbaik untuk mendapatkan bateri dengan banyak adalah dengan membelinya di kedai perkakas rumah atau hardware store. Banyak kedai perkakas rumah yang menawarkan bateri murah dalam kuantiti yang banyak.
Air
Ada sesetengah orang suka membeli air minuman atau air mineral yang telah dibotolkan. Air minuman atau air mineral ini lebih mahal daripada air paip yang terdapat dirumah. Alternative terbaik adalah membeli penapis air dan gunakan di rumah. Anda bukan sahaja dapat jimat wang tetapi dapat juga air bersih pada masa yang sama.
Lampin
Kedai runcit menjual lampin dengan harga yang mahal kerana seperti juga bateri, jika anda perlukan lampin anda perlukannya dengan segera. Belilah lampin dipasaraya yang menawarkan jualan gudang dengan harga yang murah. Pastikan beli lampin setiap kali ada jualan murah.
Makanan yang siap dibungkus
Kebanyakan makanan yang siap dibungkus mengandungi kalori, lemak dan gula yang berbeza bergantung pada pilihan anda. Jika anda mahukan makanan yang sihat, apa kata anda sediakan sendiri makanan di rumah. Bukan sahaja ia menjimatkan namun ia menyihatkan kerana anda tahu kandungan bahan yang digunakan.

Jadikan
sekarang diri anda PENGGUNA YANG BIJAK! Bukan bijak dalam perbelanjaan tetapi
juga bijak dalam pemilihan barang untuk keperluan bukan untuk kehendak.
No comments:
Post a Comment