Salah
satu impian ramai wanita adalah mahukan kebebasan masa dan mempunyai masa
fleksibel. Kedengaran seperti indah, namun hakikat sebenar suri akan merasai
bahawa tidak ada masa yang tenang ketika bertembung urusan antara urusan kerja
dan juga urusan rumah tangga.
Jika
ketika masih berkerjaya di luar, suri terperangkap dengan imbangan masa bersama
keluarga dan mahu lebih focus kepada rumah tangga. Tetapi apabila bekerja di
rumah hakikatnya lebih sibuk dan disinilahpentingnya pengurusan masa walaupun
sudah bebas bekerja dengan majikan.
Berikut
strategi pengurusan masa yang boleh dipraktikkan dan capat matlamat masa
fleksibel. Ketahui beberapa tip untuk menyongsang arus kesibukan.
Jika Anda Mampu Dan Ada Duit
Lebih, Semua Pakaian Serah Sahaja Pada Tukang Dobi.
Serah
pada setiap hari rabu dan ambil pada hari Jumaat. Malam jumaat selesaikan dan
simpan pakaian yang sudah bersih dan susun cantik-cantik. Hari sabtu, sudah
tentu hati sudah lapang kerana tidak perlu fikirkan pakaian kotor lagi.
Ia
Nampak biasa, tetapi sebenarnya ia pencuri masa yang banyak. Gantikan masa itu
untuk bersama anak-anak atau focus kepada urusan bisnes yang dijalankan secara
sampingan.
Setiap Kali Hujung Bulan Atau
Awal Bulan, Anda Akan Membayar Semua Bil Dan Tangan Sudah Mula Gatal Untuk
Membeli Belah.
Tetapi
keadaan tetap hampir sama kerana kebanyakan pusat beli belah juga penuh dan
ramai orang. Bagi mencari hari lapang dan tenang, biasanya membeli belah pada
pertengahan bulan. Maksugnya peruntukan untuk itu, hanya pada pertengahan
bulan. Jika tidak percaya cuba. Keadaan lapang dan tenang, juga tidak perlu
bersesak beratur.
Seni Menangguhkan Kerja
Ada
kerja yang anda suka buat dan ia mudah dan cepat diselesaikan. Ada kerja yang
membuat anda merasakan malas untuk diuruskan. Contohnya sangat tidak suka
membasuh bilik air atau tandas setiap minggu. Sering kali apabila tugas itu
perlu diselesaikan anda membuat penangguhan.
Sekarang
cuba untuk alihkan tugas menangguhkan kepada agihan yang lebih berseni.
Contohnya,
membiasakan diri mencuci bilik air setiap kali waktu mandi. Ambil masa 1 hingga
2 minit membersihkan bilik air dan lakukan ia ketika ia masih bersih.
Jadi
setiap kali selesai mandi, bilik air berada dalam keadaan sentiasa bersih.
Tidak ada lagi tugas tersebut pada minggu hadapan, kerana anda sudah melakukan
ia sepanjang masa. Bukan sekadar sedap mata memandang, tetapi tiada lagi
penangguhan kerja.
Rutin Fleksibel, Pendekatan
Berbeza
Anda
mungkin membuat pilihan melakukan tugas yang sama setiap hari. Keadaan ini
menyebabkan rasa bosan dan jemu yang berpanjangan. Anda menganggap ia adalah
rutin dan perlu selesaikan juga walau apa cara sekalipun.
Luangkan
masa sebentar, berfikir semula, sememangnya ia rutin jadikan ia rutin
fleksibel. Iaitu tetap terurus dan cara yang pelbagai. Maksudnya jangan terlalu
terikat dengan jadual yang ketat. Memang anda perlu focus menyelesaikannya,
tetapi sesekali mengubah dengan cara dan pendekatan yang berbeza ia boleh
memberi warna baru untuk hari anda.
TIPS PENTING
-
Senaraikan
seberapa banyak tugas, mengikut agihan masa, pagi, tengahari, petang dan malam.
-
Senaraikan
dan lima minit terakhir anda lihat berapa banyak tugas yang selesai lakukan.
- Yang
penting berapa intensity kecekapan menyelesaikan tugas mengikut tempoh masa.
- Senaraikan
seberapa banyak, tidak semestinya hanya lima seperti yang dibuat oleh anda.
-
Pastikan
senarai adalah fleksibel dan realistic untuk diselesaikan. Ubah ia mengikut
kesesuaian masa dan jenis kerja kalian.
No comments:
Post a Comment