28 February 2017

BUAH KIWI jadikan tubuh kebal





KIWI, saiznya kecil. Tetapi jangan biarkan saiznya itu memperdayakan anda. Hal ini kerana, buah yang dikenali dengan nama Chinese gooseberry ini memiliki banyak khasiat yang diperlukan tubuh.

Buah kiwi adalah tumbuhan separuh tropika yang tergolong dalam keluarga Actinidiaceae. Nama saintifik buah kiwi adalah Actinidia chinensis.


Buah kiwi boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau dan emas. Buah kiwi hijau boleh didapati di pasaran dari bulan Mei sehingga hujung tahun, manakala buah kiwi emas (Gold) boleh didapati dari bulan Mei hingga Oktober. Ia juga dianggap sebagai jaguh nutrisi dalam kebanyakan buah-buahan yang popular.


Buah kiwi dikatakan mengandungi lebih banyak nutrient penting daripada 27 jenis buah-buahan popular dipasaran. Ini dibuktikan oleh kajian Universiti Rutgers. Kajian ini sekali gus menjadikan buah kiwi mengandungi kepadatan nutrient tertinggi di dunia. Ternyata disini, buah kiwi memberikan khasiat harianyang padat dengan kebaikan untuk tubuh badan manusia.


Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalam buah kiwi dikatakan berupaya mempertingkat sistem daya tahan secara semulajadi dan menyumbang kepada pembentukan kolagen dan fungsi normal tulang, rawan gusi, kulit dan salur darah. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi dan kalsium malah menjaga kesihatan gigi dan gusi.


Vitamin C juga dikenalpasti mampu mencegah gejala-gejala selesema. Menurut satu kajian yang dipapar dalam The American Journal Of Clinical Nutrition mengesahkan kandungan Vitamin C dalam buah kiwi emas adalah 5 kali ganda bio-wujud daripada Vitamin C dalam makanan tambahan.


Malahan kedua-dua buah kiwi hijau dan emas mengandungi Vitamin E dan Folat yang dikatakan mampu membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Buah ini turut mengandungi Vitamin E dalam bentuk bebas lemak. Ini adalah antioksidan yang hebat bagi membantu merendahkan kolestrol dan merangsang kekebalan.


Buah kiwi juga mengandungi fitokimia lutein. Lutein adalah vitamin karotenoid yang mampu mencegah kebutaan berkaitan usia. Ia juga mampu melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas. Oleh sebab tubuh tidak dapat mensistesiskan lutein yang diperlukan tubuh, adalah penting untuk mengambil makanan yang mengandungi lutein seperti kiwi.


Nak sentiasa sihat tubuh badan boleh amalkan buah kiwi yang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Tapi nak lagi mudah telan je VITAMIN C PLUS SHAKLEE. 😃😄


Semoga perkongsian ini memberi anda lebih menjaga pemakanan untuk tubuh badan anda.  

No comments:

Post a Comment