Bila anda dah mula mejadi seorang ibu untuk pertama kali, pasti anda terasa tekanan dengan kehadiran orang baru lagi2 anak yang anda sendiri lahirkan. Ia akan memberi 100 peratus perubahan buat diri anda. Jangan bagi tekanan pada diri anda.
Sebagai ibu, anda kena faham keadaan dan gerakan bagaimana anak anda mahukan. Waktu tidur bayi jugak mempengaruhi untuk ibu itu rehat.
Ibu perlu tahu bahawa
bayi yang baru lahir memerlukan antara 17 hingga 18 jam untuk tidur dalam
sehari. Apabila usianya masuk tiga bulan, bayi tidur 15 jam sehari. Pun begitu,
mereka tidak tidur lebih tiga hingga empat jam pada satu-satu masa ada siang
atau malam.
Suhu yang disarankan
dalam bilik ialah antara 24 hingga 25 darjah celcius. Jangan biar anak anda
terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika panas, buang selimutnya. Jika sejuk,
selimutkanlah bayi anda.
Periksa sama ada anak
anda sejuk atau panas dengan memegang perutnya. Jangan periksa tangan atau kaki
kerana bahagian itu memang sejuk.
TABIAT
TIDUR SI KECIL
Kenal Pasti Tanda Dia Letih
Ibu seharusnya tahu
tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah letih. Bayi sedang letih apabila mula
menggosok-gosok matanya, menarik telinga dan ada lingkaran hitam di bawah
matanya. Jika si kecil menunjunkkan tanda-tanda seperti itu, dukunglah dia dan
dodoikannya.
Beza Siang Dan Malam
Bayi yang baru lahir
memang tidak dapat mengenal pasti sama ada siang atau malam. Biarkan kediaman
anda terang dan bising dengan bunyi televisyen, telefon atau mesin basuh.
Bermainlah dengannya apabila dia berjaga.
Apabila tiba waktu
malam, biarkan kediaman anda sunyi sedikit dan jangan bermain dengannya seperti
mana pada waktu siang. Biarkan suasana agak suram dengan lampu samar. Dengan
ini dia akan faham bahawa waktu malam adalah waktu untuk tidur.
Peluang Tidur Sendiri
Apabila bayi sudah
mula berusia lapan minggu, ajar bayi anda tidur sendiri. Apabila dia mengantuk,
baringkan dia di tempat tidurnya. Biarkan dia terlena sendiri tetapi masih di
bawah pengawasan anda. Jangan selalu asyik mendodoikannya kerana dia akan minta
anda dodoikannya setiap kali mahu tidur.
GANGGUAN SEMASA TIDUR
-
Bayi selalunya akan
terbangun daripada tidur pada waktu malam untuk menyusu. Berikan susu kepadanya
dan dia akan kembali lena.
-
Adakala bayi terjaga
daripada tidur kerana mahukan belaian anda. Kehadiran anda disisinya akan
menenangkan. Biasanya dia akan kembali tidur.
-Jika anda mengaitkan tidur
dengan perkara tertentu, misalnya mendodoi atau memberikan putting palsu, makan
anda perlu berbuat demikian untuk mengelakkan si kecil terganggu daripada
lenanya
Moga perkongsian ini memberi anda lebih faham dengan keadaan diri anda dan juga bayi anda yang dilahirkan.
Semoga bermanfaat untuk anda semua :)
No comments:
Post a Comment