Seeloknya
buat perancangan gaji anda secara teliti agar anda dapat menyimpan untuk masa
depan yang lebih cerah. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk
anda :
1. Lindungi gaji anda
yang akan datang dengan mengambil polisi insurans yang berpatutan.
2. Buka akaun 3 dalam 1 iaitu satu akaun yang mempunyai ciri-ciri akaun simpanan biasa, simpanan tetap dan akaun semasa. Ini akan membolehkan kamu membiasakan diri dengan penggunaan cek.
3. Mulakan satu system simpanan paksaaan dengan menyimpan secara auti debit setiap kali mendapat gaji.
4. Tentukan semua hutang yang perlu dibayar contohnya pinjaman pembelajaran.
5. Tentukan semua belanja minimum yang mesti ditanggung contohnya sewa bilik, pengangkutan, utility, telefon, pakaian dan makanan.
6. Hidupkan system pengurusan kewangan sendiri contohnya satu belanjawan sama ada dengan perisian computer atau sebuah diari.
7. Jangan tergesa-gesa membeli kereta, kumpulkan wang ke satu tahap sehingga anda mampu mempunyaiunit kecemasan setara dengan tiga bulan gaji untuk sepanjang masa.
8. Jangan terburu-buru mengambil kad kredit, pastikan anda tahu tentang ‘bahaya’ kad kredit dan cara yang betul menggunakannya.
9. Semak bahawa semua potongan yang patut dilakukan oleh majikan secara undang-undang contohnya caruman KWSP dan Socso telah didaftarkan.
10. Berikan kembali sejumlah tertentu gaji anda (contohnya 10 peratus) kepada masyarakat mengikut garis panduan agama dan kepercayaan masing-masing.
Antara
tips yang membantu anda dalam PENJIMATAN WANG. Jadikan diri anda seorang yang
BERJIMAT CERMAT
Kredit
: Mingguan Wanita 2010
No comments:
Post a Comment