Kebanyakan
ibu-ibu diluar sana yang sedang hamil akan mengalami masalah gangguan tidur
sepanjang kehamilannya. Mana tidaknya, semakin besar bayi dalam kandungan
semakin se’eh untuk ibu bangun dan baring mahupun tidur.
Gangguan-gangguan
lain adalah seperti loya dan mual, pedih ulu hati malah kekerapan untuk
membuang air kecil. Justeru itu, ibu yang baru disahkan hamil mesti ketahui
punca mengapa sukar tidur di awal sehingga akhir trimester dan serba sedikit
panduan untuk mengatasinya.
Selalunya,
ibu hamil akan berasa mengantuk di siang hari. Keadaan ini disebabkan paras
progesterone yang tinggi langsung menyebabkan anda cepat mengantuk. Hormon
progesterone ini berfungsi untuk membantu melaraskan kitaran hormon pembiakan wanita.
Peningkatan
hormon ini sememangnya membuatkan hari-hari ibu hamil sukar sekali. Ada
dikalanya berasakan diri seakan hendak demam. Hormon ini juga menyebabkan tidur
malam anda terganggu berikutan kesukaran keletihan di siang hari.
Apa
yang perlu dilakukan oleh ibu yang sedang hamil adalah mendapatkan rehat yang
secukupnya. Jika boleh tidur di siang hari juga boleh mengurangkan kadar
keletihan anda.
Antara
punca ibu hamil kekurangan tidur yang cukup adalah :
- Payu dara sakit
Payu dara yang semakin mudah berasa sakit juga
boleh menyebabkan anda kurang selesa semasa sedang tidur. Lebih-lebih lagi
apabila anda tidur dalam keadaan meniarap. Ketika trimester pertama, anda perlu
mengajar diri sendiri untuk tidur dalam keadaan mengiring.
Kedudukan sebegini
membantu melancarkan perjalanan darah dan nutrisi kepada janin dan rahim. Ia
juga memudahkan tubuh anda menyingkirkan air dan bahan yang tidak diingini oleh
tubuh.
- Kerap buang air kecil
Rahim yang semakin mengembang memberi tekanan
kepada pundi kencing dan menyebabkan anda kerap kali ke bilik air. Sekirnya
keadaan sebegini berlaku, sebaik-baiknya anda lebihkan minum air di siang hari
dan kurangkan minum air pada sebelah petang dan malam hari. Anda juga boleh
minum dua jam sebelum masuk tidur.
- Loya dan muntah
Loya dan muntah yang dialami oleh wanita hamil
biasanya berlaku ketika perut kosong. Justeru, makan sedikit dan ambil sedikit
makanan ringan tinggi karbohidrat sebelum masuk tidur. Anda juga boleh
menyimpan sedikit biskut kering di tepi tempat tidur, jadi mudahlah untuk anda
memakannya sebaik sahaja bangun pagi esoknya.
Sentiasa pelihara perut anda dengan mengambil
jumlah makanan yang sedikit tetapi kerap berbanding makan sekali banyak. Makan
sekurang-kurangnya tiga ke empat jam sebelum masuk tidur dan duduklah berehat
selepas makan. Kurangkan mengambil makanan masam, berempah, bergoreng dan
coklat. Hal ini kerana ia boleh merengsa esofagus anda.
- Kaki kejang
Kekejangan di malam kerap kali juga menggangu
tidur di malam hari. Cuba luruskan kaki dan membengkokkan tapak kaki sehingga
hujung jari tegak ke atas, urut perlahan-lahan kaki anda, tuam bahagian kaki
yang kejang dengan air suam lalu bangun dan berjalan seketika.
- Imsonia
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin
kerap perasaan bimbang melanda dalam diri setiap wanita hamil. Tidak salah
untuk anda mandi air suam sebelum masuk tidur dan amalkan teknik merehatkan
diri sebelum masuk tidur. Sesetengah wanita pula merasakan senaman di siang
hari membantu mereka tidur lena di malam hari.
Walau apa pun yang anda lakukan, janganlah
terlalu tertekan dengan masalah tidur yang melanda diri. Kebimbangan sebegini
sebenarnya lebih membuatkan anda sukar tidur. Cuba pejamkan mata dan
bernafaslah dengan tenang. Buang kebimbangan tentang kelahiran melalui
kelas-kelas artenatal yang anda hadiri atau dapatkan nasihat daripada doctor yang
merawat anda.
ANDA
TIDAK KESEORANGAN
Sekiranya
anda menghadapi masalah tidak dapat tidur akibat kesukaran yang anda hadapi di
malam hari, jangan bimbang mengenainya. Hal ini kerana separuh daripada wanita
hamil akan terlelap seketika sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Oleh sebab
itulah, anda perlu memahami dan menjangkakan bahawa pada trimester pertama
keletihan pasti akan dialami. Dengar apa kata tubuh anda, apabila ia memberi
isyarat untuk berehat dan memperlahankan aktiviti makan ikutilah apa yang
diinginkan oleh tubuh anda itu.
Pastikan
anda tahu bagaiman tubuh anda merangsang kepada sesuatu masa. Sebab ia akan
memberikan badan lebih bertenaga.
No comments:
Post a Comment