Bila makin dekat nak bersalin mesti
fikir nak buat apa lepas bersalin? Tidur sahaja ke, mandi-mandi segarkan badan
ke, tunggu suami datang ke,macam-macam kita akan fikir.
Pengetahuan ibu hamil tentang apa
yang harus dihadapi untuk menjalani proses bersalin sudah lengkap, anda juga
sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Masa nie la nak kena jaga atau pun
dipanggil ‘proses berpantang’.
Adakah ibu hamil telah benar-benar
bersedia dengan persediaan selepas melahirkan bayi? Disini ada tips yang boleh
membantu ibu hamil mengurangkan kegelisahan yang dihadapi selepas bersalin.
BEBERAPA MINIT SELEPAS
BERSALIN
Emosi
Ibu Hamil
Gembira selepas menatap anak
kesayangan yang baru dilahirkan, namun dalam masa yang sama berasa letih.
Dapatkan tidur yang lena selepas beberapa lama perlu bersengkang mata menahan
kesakitan.
Pendarahan
Darah yang hilang mungkin banyak sama
seperti hari pertama haid. Jururawat akan memakaikan anda tuala wanita khusus
buat wanita bersalin sebaik sahaja uri dikeluarkan. Semasa proses pengeluaran
uri, doctor akan meletakkan tangan di atas perut untuk memeriksa sama ada uri
benar-benar Berjaya dikeluarkan. Dengan demikian doctor dapat mengetahui
keadaan Rahim yang mengecut dengan baik ataupun sebaliknya.
Kesakitan
Bahagian bawah tubuh mungkin
mengalami sedikit kesakitan. Walaupun anda tidak dijahit, anda masih boleh
berasa sakit akibat lebam kerana meneran bagi mengeluarkan bayi. Jangan malu
untuk meminta ubat tahan sakit seperti paracetamol jika memerlukannya.
Ketahuilah kesakitan sebegitu biasanya mengambil masa seminggu sehingga
beberapa jam sebelum reda.
Sekiranya anda mengambil epiradural,
anda berkemungkinan tidak mengalami rasa sakit ini untuk tempoh masa sehingga
dua jam. Kesakitan selepas bersalin tetap akan dirasai memandangkan Rahim anda
mula mengecut dan mengalami kontraksi untuk membolehkannya kembali ke saiz
asal. Seperti kontraksi ringan atau senggugut haid.
Payudara
Bagi anda yang baru pertama kali
bergelar ibu, berkemungkinan perlu minta bantuan jururawat memberi tunjuk ajar
teknik yang betul menyusukan bayi. Jangan beranggapan susu akan keluar dalam
jumlah yang banyak. Pada hari pertama hingga ketiga,tubuh menghasilkan
kolostrum. Ia berupa susu yang pekat dan likat berwarna kekuningan. Susu ini
bagus untuk mencegah penyakit bayi dan kaya antibody.
BEBERAPA JAM PERTAMA
SELEPAS BERSALIN
Segarkan
Diri
Anda pasti ingin mandi selepas baju
penuh dengan darah. Ambil kesempatan mandi wiladah ataupun mandi selepas
bersalin. Jika anda mengambil epidural dan masih berasa kebas, lebih baik jika
anda hanya mengelap tubuh dengan menggunakan tuala kecil yang direndam ke dalam
bekas berisi air suam terlebih dahulu.
Waktu
Melawat
Apabila tubuh kembali segar dan
penampilan sudah rapi tentu sahaja anda lebih berkeyakinan menerima kunjungan
tetamu. Namun juka anda masih memerlukan rehat, maklumkan pada tetamu dengan
cara yang baik.
Bekalan
Tenaga
Anda akan diberi minum air yang boleh
memberi tenaga seperti coklat sebaik sahaja seleasai urusan bersalin, adalah
biasa untuk anda berasa lapar selepas bersalin. Oleh itu sediakan bekalanan
makanan di dalam beg sebelum ke hospital.
Masa
Untuk Ke Tandas
Jangan tunggu terlalu lama untuk
mengosongkan pundi kencing selepas bersalin. Ia membantu anda mengawal
pendarahan secara semula jadi. Jika anda berasa sengal ketika membuang air
kecil, curahkan air suam di antara celah kaki. Namun jangan beranggapan anda
akan membuang air besar pada hari pertama selepas bersalin.
Semoga tips ini memberi persediaan
untuk ibu-ibu hamil di luar sana untuk leih bersedia selepas proses melahirkan
bayi anda. Kawal emosi dan banyakkan berzikir.
No comments:
Post a Comment