8 February 2017

Ambil perhatian bila BAYI ANDA MENANGIS!

Hari nie rasa nak cerita sedikit tentang bayi yang menangis. 

Kadang kita tak tahu sebab apa bayi itu menangis. Ada sebab lapar, ada sebab sakit, ada sebab rindu. Untuk mendapatkan perhatian, bayi akan menangis menandakan sesuatu untuk dirinya kerana ia baru nak bermula kehidupan yang baru dengan orang sekeliling nya.

Jangan terlalu cepat untuk marah kerana tu adalah sifat seorang bayi yang baru lahir ke dunia. Perlu untuk ibu-ibu ambil perhatian bila bayi dah mula nangis seperti : 
  • Periksa lampinnya mungkin bayi kurang selesa kerana kencing atau buang air besar. Tukar segera lampin agar bayi selesa.
  •  Bagi menangis mungkin juga kerana lapar.
  • Ada juga bayi yang meragam kerana mengantuk.
  • Mungkin juga bayi ingin bermanja dan mahu didukung.
  • Persekitaran yang tidak selesa seperti bising juga menyebabkan bayi meragam. Jadi pastikan persekitaran yang sihat dan sesuai untuk bayi anda.
  • Sesetengah bayi menangis apabila berasa rindu dan kehilangan orang tersayang.
  • Emosi bayi sangat sensitive, bayi akan menangis jika berasa tidak selamat dan berjauhan dengan ibu atau ayahnya.
  •  Jika masih bayi berterusan menangis, periksa badannya mungkin dia terluka.
  • Jika keadaan fizikal luaran tidak cedera, bayi anda mungkin menghidap masalah kesihatan lain. Segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Dengan perkongsian ini, memang sangat perlu untuk ibu-ibu ambil perhatian dengan gerak geri bayi kita sendiri. 

Jangan biarkan diri anda dibelenggu tekanan dengan anak yang suka menangis. Ada sebab kenapa ia menangis. 

Sayangilah anak anda.

No comments:

Post a Comment